‘Gila talak’ agaknya Datuk Husam Musa apabila masih berselera mengintai-intai kehidupan ‘janda politiknya’ lantas mahu mencampuri ehwal rumahtangga PAS walaupun sudah melanggar bai’ah dengan parti.
Yang nyata minat dan sayang Husam pada PAS masih ada berbaki. Maka setiap kesempatan mencampuri ehwal PAS tidak akan dilepaskannya. Husam masih mahu terbabit dengan kehidupan PAS.
Terbaharu, Husam menjadi di antara politikus awal ‘menegur’ pimpinan PAS supaya seluruh barisan pimpinannya meletak jawatan kerana kononnya gagal memperjuangkan usul menaik taraf bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Pucuk dicita ulampun tiba. Setelah gesaannya supaya isu bai’ah tertalak isteri mana-mana pemimpin PAS yang melanggar sumpah tidak melompat parti cuba dihangatkannya gagal, Husam menyambar peluang mencampuri isu BN tidak jadi membawa usul berkenaan ke parlimen.
“Secara ringkasnya, saya minta Presiden PAS dan jawatankuasa PAS meletakkan jawatan secara bersama. (Sebab) yang berlaku ini satu tindakan politik merosakkan nama Pas.
“Dia telah memecahbelahkan pakatan pembangkang, pecahbelahkan PAS dan meletakkan PAS sebagai satu badan politik yang tidak dapat difahami oleh rakyat jelata,” katanya.
Mungkin Husam masih kecewa terpaksa memfasakhkan PAS dan tidak sempat menjadi pemimpin ulung PAS kerana gagal menandingi sebilangan ulama yang terus percaya pada kepemimpinan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Sebab itu agaknya bila ada kesempatan ‘meremeh dan memburukkan’ kepimpinan Hadi beliau segera menerpa ke dalam gelanggang dengan harapan dapat ‘menyedarkan’ penyokong PAS betapa rugi jika terus setia pada Hadi.
Namun kini Husam adalah ahli Parti Amanah Negara. Adalah lebih wajar beliau menghebahkan kehebatan, kemulukan dan keunggulan perjuangan partinya. Beliau harus insaf masalah PAS bukan lagi masalahnya.
Sebaliknya dalam isu RUU355 ini Husam seharusnya memberi penjelasan terperinci mengapa partinya yang mengaku sebuah wadah Islam, nilai imannya lebih rendah daripada UMNO?
Setelah berpuluh-puluh tahun PAS berdakwah memartabatkan Islam, akhirnya sekali lagi Umno tampil untuk membawa usul memperkasakan Mahkamah Syariah setelah memperkenalkannya pada 1965. sebagai Akta Persekutuan.
Bagaimanapun hasrat Umno-BN mengambil alih usul persendirian Haji Hadi itu terhalang kerana tatakrama Barisan Nasional berpaksi konsensus sesama ahli. Umno-BN akhirnya bersetuju untuk tidak menjuarai langkah itu kali ini.
Husam sebenarnya yg patut letak jawatan sebagai exco dulu sbb semua projeknya gagal dn ada yg tinggal batu asas je tpi sembang kencang macam dia hebat sangat wlpun kantoi.
BalasPadamBerbai'ah, jgn main2, hidup berzina tu, tanyalah/rujuk kepada yg lebih arif, masih ramai bijak pandai di M'sia, mahu yg 3rd party rujuk ulamak2 pondok, diaorg ni independant tidak terikat mana2 parti.
BalasPadamPemilik The Haven Ipoh adalah seorang Penjenayah Besar
BalasPadam