Ahad, April 02, 2017

Alahai!!! Malas betul nak komen pasal kenyataan yang dibuat oleh Si Foziah ni. Bukan baru sekali dia keluarkan kenyataan yang tak sedar diri macam ni. Tapi sebaliknya, dah banyak kali dah.

Sebelum ni, Si Foziah tu pernah keluarkan kenyataan, mencabar YAB Perdana Menteri untuk berdebat isu pasal Lynas yang didakwa banyak soalan masih tidak berjawab mengenainya.

Tapi bagi penduduk di Kuantan sendiri, cabaran Si Foziah tu hanya sekadar memakan diri apabila banyak isu yang berlaku di Kuantan masih belum dapat diselesaikan oleh Ahli Parlimen PKR tu.

Kata mereka, sejak jadi Ahli Parlimen, Si Foziah tu lebih banyak memberikan alasan bertaraf longkang apabila diajak berdebat dalam media sosial. Paling tidak, habis dia block semua orang.

Persoalan paling mudah yang pernah dibangkitkan oleh penduduk di Kuantan ialah mengenai peluang ekonomi. Sehingga ke hari ini, bantuan apa yang telah diberikan oleh Si Foziah tu?

Apabila persoalan itu dibangkitkan, mudah je Si Foziah tu nak lepaskan tengkuk dia dan salahkan Kerajaan Negeri. Kalau dah semuanya dibawah Kerajaan Negeri, takde guna la dia jadi wakil rakyat.

Sekarang, Si Foziah tu buat bising pulak pasal isu RUU 355 yang didakwa kononnya Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO telah mungkir janji untuk membentangkannya di Parlimen.
Dalam erti kata lainnya, Si Foziah tu cuba nak mengapi - apikan PAS supaya jangan percaya sangat dengan UMNO. Itu je sebab sebenar dia keluarkan kenyataan tersebut. Bukannya ada sebab lain sangat pun.

Tapi hakikatnya, parti yang disertai oleh Si Foziah tu sendiri pun tak ikhlas menjalinkan hubungan Politik dengan PAS dan tidak menyokong cadangan yang dibentangkan oleh parti itu sebelum ini.

Maka sekarang, bola berada di kaki Si Foziah tu pulak. PAS kata diorang tetap akan membentangkan RUU tersebut. Persoalannya, adakah Si Foziah tu akan menyokong usul RUU PAS itu? ATAU, adakah dia hanya setakat pandai MENYALAK je tak tentu arah!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping