Selasa, April 04, 2017

Huh! Kalau nak kata diorang ni bangang kang, ada pulak yang melenting. Nak kata diorang bongok, takut ada pulak yang terasa hati. Tapi ke-BODOH-an yang dipaparkan melampau sangat dah gayanya.

Nama je gah sebagai saluran media paling hebat di Malaysia. Tapi apa yang mereka paparkan sejak kebelakangan ini hanya mengundang cemuhan serta cacian dari kalangan rakyat.

Bayangkan la. Kalau dulu, berita yang disiarkan masih ada lagi orang yang menontonnya. Tapi sekarang, semakin ramai rakyat yang meluat dengan paparan berita yang cuba disebarkan.

Malah ada juga yang turut memberikan gelaran 'Tiga Suku' kepada penyiar berita tersohor di Malaysia ni. Tak salahkan orang yang bagi gelaran tersebut. Dah memang itu hakikatnya.

Kot ye pun diorang ni cuba nak bermain Politik, jangan la sampai tahap buat orang menyampah nak tengok berita. Jangan buat orang meluat tengok isi kandungan yang cuba dipaparkan.

Sebagai contoh, berita yang disiarkan malam semalam memaparkan aksi Si Ketua Penipu tu yang sedang memberi ceramah mengutuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Dalam video tersebut, Si Ketua Penipu tu tampil mempersoalkan hasil kekayaan yang dimiliki oleh keluarga Tun Mahathir. Dari mana datangnya hasil kekayaan milik anak - anak dia.

Soalnya, apa signifikan mereka memaparkan semula tayangan video tersebut? Adakah ianya hanya sekadar nak membakar sentimen dikalangan rakyat agar membenci bekas Perdana Menteri tu saja?

Adakah tujuan stesen televisyen berkenaan hanya sekadar nak menimbulkan rasa curiga dikalangan pemimpin PKR terhadap bekas Perdana Menteri itu yang kini tegar menjadi pembangkang tu?

IRONIKnya, selama hari ini, saluran berita yang sama juga sering kali memaparkan paparan yang menyeru agar rakyat jangan percaya dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Ketua Penipu tu.

Jadi sekarang, takkan siaran televisyen yang dianggap tersohor di Malaysia tu cuba nak suruh rakyat percaya cakap Si Ketua Penipu tu pulak? Ini namanya strategi Makan Diri. Bukannya nak menyenangkan orang lain. Bertambah bodoh ada la diorang ni!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. Cerdik letak dlm tong taik.

    BalasPadam
  2. sekadar peringatan...ore kato serupo perangat nasi sejok.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping