Sabtu, April 01, 2017

Mahkamah Tinggi memutuskan bayaran pampasan RM2.7 juta kepada tujuh bekas kakitangan Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Selangor, di bawah kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah sah.

Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mendapati bayaran itu dibuat mengikut peraturan berdasarkan Enakmen MBI 1994.

Sehubungan itu, mahkamah menolak tuntutan MBI, anak syarikat kerajaan Selangor yang difailkan pada 11 Mei 2015, meminta tujuh bekas kakitangan itu memulangkan kembali pampasan RM2.7 juta yang dibayar menerusi Skim Pemisahan Sukarela (VSS) pada 2014.

Dalam keputusannya, mahkamah mendapati dakwaan MBI bahawa bekas kakitangan terbabit melanggar kontrak perjanjian atau berkonspirasi untuk menjatuhkan MBI dengan meluluskan atau menerima pampasan itu.

MBI mengemukakan tuntutan terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Hussin dan Rohani Talib, Arfa'eza Abdul Aziz, Mustapha Mohd Talib, Rahimah Kamarudin, Abdul Halim Mohamed Yusof serta Tuan Nazuri Tuan Ismail.

Saman terhadap seorang lagi bekas kakitangan MBI yang menerima pampasan belum diteruskan sementara mendapat kebenaran mahkamah di bawah Akta Kebankrapan 1967.

Mereka menerima pampasan itu sebagai ganti rugi apabila kontrak mereka ditamatkan selepas Abdul Khalid dipaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar pada September 2014.

Faekah berkata, beliau dan semua bekas kakitangan terbabit bersyukur dengan keputusan mahkamah itu.
"Ia membuktikan semua dakwaan yang dilemparkan pimpinan kerajaan Selangor yang diterajui Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bermotifkan politik serta berniat jahat merosakkan nama baik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan semua bekas pegawai beliau.
"Tuduhan ini mencemarkan reputasi dan menjejaskan kerjaya kami. Justeru, kami mendesak pentadbiran kerajaan Selangor memohon maaf kerana membazir duit rakyat semata-mata disebabkan politik balas dendam, " katanya dalam kenyataan.
Dalam erti kata lainnya, keputusan mahkamah itu membuktikan bahawa Rejim Pakatan Selangor dibawah pimpinan Azmin Ali terlalu terdesak nak merampas kuasa sehingga sanggup menabur fitnah terhadap parti mereka sendiri!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Langkah kajang punyal hal. Langkah yg membuatkan ph mula ditolak rakyat.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping