Makin ramai yang keliru dengan sikap dolak - dalik pemimpin Pakatan Harapan berhubung Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), ada yang kata nak mansuh, ada yang kata nak kekal. Yang mana satu ini?
Apa yang jelas, tindakan Pakatan pembangkang itu dilihat cuba menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan rakyat dan tidak bercakap benar mengenai pendirian mereka berhubung GST.
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata ketika ini ada banyak pendirian yang dinyatakan pemimpin pembangkang, ada yang menyatakan GST perlu dimansuh dan ada yang mahu dikenakan sifar cukai (zero rated).
Katanya, tindakan mereka itu menunjukkan bahawa pembangkang tidak mempunyai pendirian tetap mengenainya malah pilihan bagi menggantikan GST juga tidak dinyatakan dengan jelas.
"Pembangkang boleh menjadi popular dengan mengatakan mereka mahu memansuhkan GST sebaik sahaja mereka berkuasa, kita ada projek pembangunan mega yang sedang berjalan, misalnya Lebuhraya Pan Borneo dan Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL). Ia satu pembohongan kepada rakyat sekiranya mereka gagal mencari jalan untuk mendapatkan semula hasil yang hilang itu,"
"Ada banyak versi yang kita dengar keluar daripada mulut pemimpin pembangkang mengenai GST ini, ada pihak kata mereka akan mansuhkan, ada yang kata dikekalkan, digantikan dan terbaharu mahu dilaksanakan sifar cukai.
"Kita tidak tahu yang mana satu mereka inginkan dan kerajaan yang bagaimana mahu mereka wujudkan kerana masalah sebegini pun mereka tidak bersatu hati mengenainya.
"Mereka nampaknya tidak konsisten dan tidak membincangkan perkara ini sesama mereka," katanya kepada media selepas menjadi ahli panel pada Bengkel Peringkat Menteri ASEAN 2017 - Mengemudi Halangan Pembangunan Mapan di Universiti Sunway Selasa.
Abdul Rahman mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, yang menyatakan Pakatan Harapan tidak akan memansuhkan GST jika menang pilihan raya umum akan datang sebaliknya mengenakan sifar cukai untuk GST.
Awal tahun ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata Pakatan Harapan dilaporkan berhasrat menghapuskan tol Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Utara-Selatan dan GST, jika berjaya menjadi Kerajaan Pusat pada PRU-14.
Pada minggu lalu pula Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir Mohamad, menyatakan GST tidak akan dihapuskan kerana "itu mungkin menyebabkan beberapa masalah dengan pembiayaan kerajaan" dan mahu menaikkan cukai korporat menggantikan GST.
Abdul Rahman berkata, pembangkang tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan sebaliknya perlu mencari alternatif bagaimana mahu meningkatkan pendapatan atau mengekalkan hasil negara.
nurul kepala taik busuk.
BalasPadamKenapa pakatan terutama pemimpin yg dulu menyokong budak-budak muda berguling-guling atas jalan raya membantah GST, ada yg meraung kemiskinan akibat GST dan berbagai ragam lagi tetiba muncul aje idea 'nak terima gst' kemudian mendakwa 0 % GST? Apa ke kartun otak kalian?
BalasPadam