Khamis, April 27, 2017

Apakah perlu Timbalan Presiden PPBM mengambil tindakan dan memfailkan saman terhadap Bekas Setiausaha Kerja parti itu kerana menabur fitnah seperti yang didakwa dibawah?

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru - baru ini, Bekas Setiausahakerja parti itu mendakwa Timbalan Presiden PPBM, Datuk Mukhriz Mahathir membawa rakan - rakannya menyertai parti.

Namun dalam masa yang sama, kata bekas SUK PPBM itu, Timbalan Presiden tersebut telah menjanjikan jawatan kepada rakan - rakannya walaupun dia tahu mereka semuanya bermasalah.
"Jika beliau (Mukhriz) tujukan kenyataan itu terhadap saya, beliau adalah seorang yang paling tidak jujur di dalam perjuangan PPBM. Sedangkan Mukhriz merupakan antara orang yang menimbulkan masalah dengan membawa masuk orang-orangnya, kawan-kawan bermasalah di dalam parti.
"Mukhriz tidak perlu putar-belit. Mukhriz kena jelas siapakah yang dimaksudkan. Dan saya mencabar Mukhriz dalam debat terbuka, jika beliau kata ada bukti, saya pun ada bukti untuk mengatakan antara perkara yang merosakkan parti adalah rakan-rakannya sendiri," ujarnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Terdahulu, Mukhriz mengesahkan wujud dakwaan ada ahli PPBM yang bermasalah termasuk disogokkan habuan untuk merosakkan parti. Namun, tiada tindakan diambil sementelah golongan itu sudah keluar parti.
"Memang mudah menuduh seseorang itu disogok dan sebagainya apabila orang itu keluar parti, sedangkan masalah yang diutarakan tidak mahu diakui dan diselesaikan.
"Ketika PPBM mula ditubuhkan kita tidak mempunyai masalah dalaman parti, sehinggalah rakan-rakan pemimpin utama di dalam parti dibawa masuk, kemudian dengan mudah mengatur kepimpinan bahagian. Ini menimbulkan rasa tak senang di kalangan orang," ujar Kamarulazman.
Bekas Setiausahakerja parti itu kemudiannya turut mempersoalkan ke arah manakah Mukhriz mahu membawa perjuangan PPBM, sama ada mahu menjadikannya sebagai platform persendirian.
"Mukhriz kena jelas apakah yang beliau mahukan di dalam PPBM. Jika beliau benar berhasrat untuk perjuangan di dalam parti, beliau perlu menjadi rasional, jangan terlibat membawa masuk orang-orangnya,"
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Tun Mahathir mendakwa adalah sewajarnya orang yang disogok dengan jawatan ini mengambil tindakan keluar dari parti tersebut.

Kenyataan dari bekas Perdana Menteri itu katanya ditujukan khusus buat bekas Setiausaha Kerja parti itu yang bertindak meninggalkan PPBM bersama 800 orang ahli yang lain pada minggu lalu.

Persoalannya, adakah Tun Mahathir akan mengambil tindakan yang sama sekiranya dakwaan yang dibuat oleh bekas Setiausahakerja PPBM itu benar? Adakah dia juga akan mengarahkan agar anaknya itu meletakkan jawatan dan keluar dari parti???
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping