Selasa, April 11, 2017

Heh! Herankan? Dalam kehangatan orang sedang mempertikaikan tindakan Rafizi yang menuduh PAS terlibat dengan skandal 1MDB, Si Wan Azizah ni tiba - tiba 'Hilang' dari radar.

Presiden PKR itu tiba - tiba dilihat mula menyepikan diri dari mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung tuduhan yang telah dilemparkan oleh 'Anak Angkat Kesayangannya' itu terhadap PAS.

Jika sebelum ini, Si Rafizi tu tampil membuat dakwaan kononnya dia mempunyai bukti bahawa ada 'Individu' yang rapat dengan pemimpin PAS menerima habuan dana kewangan dari 1MDB.

Namun sehingga ke hari ini, dakwaan dan tuduhan Si Rafizi itu tidak mendapat respon dari Presiden PKR, Wan Azizah yang juga merupakan Ketua Pembangkang dikalangan puak Pakatan.

Persoalannya, kenapa Si Wan Azizah tu hanya mendiamkan diri apabila 'Anak Buah' dia menyerang PAS secara terbuka? Apa pendirian dia mengenai dakwaan yang dibuat oleh Si Rafizi tu?

Adakah Si Wan Azizah tu menyokong dakwaan yang dibuat terhadap PAS atau sebaliknya? Bagaimana pulak dengan hubungan kerjasama Politik yang dijalinkan diantara PKR dan PAS?

Semua persoalan itu perlu diperjelaskan oleh Wan Azizah selaku Ketua Pembangkang. Dia tidak sewajarnya hanya mendiamkan diri dan bermain wayang semata - mata untuk menjaga kedudukan dirinya.

Pokok persoalannya ialah mengenai hubungan kerjasama Politik diantara PAS dan PKR pada ketika ini yang masih mahu dipertahankan oleh Wan Azizah menjelang PRU yang akan datang.

Adakah Si Wan Azizah tu masih memerlukan sokongan dari akar umbi PAS? ATAU, adakah dia sudah merasa dirinya sudah terlalu kuat untuk menghadapi Pilihan Raya Umum tanpa dokongan dari parti tersebut?

Secara kesimpulannya, tindakan Wan Azizah yang hanya mendiamkan diri dari membuat sebarang ulasan terhadap dakwaan yang dilemparkan oleh Rafizi kepada PAS membuktikan bahawa dia hanya sekadar "Tunggul Kayu" yang tidak memberikan sebarang faedah!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping