Heh! Marah betul Si Hadi Awang ni terhadap DAPigs hanya semata - mata kerana parti itu mengepalai barisan Pakatan Pembangkang yang tampil mengganggu dia bentang RUU 355 sebelum ini.
Malah sampai tahap Si Hadi Awang tu berikan gelaran terhadap DAPigs tu yang dilabelkan sebagai 'Anak Butir Tahi' kepada PAP yang menjadi parti pemerintah di Singapura pada ketika ini.
Ketika berucap di Rusila malam Isnin baru ni, Hadi Awang berkata, Singapura adalah "bapa DAPigs" dan di negara berkenaan parti yang memerintah ialah PAP (Parti Tindakan Rakyat).
"Dulu Singapura dalam Malaysia, ada cawangan PAP di Malaysia. Bila Singapura keluar dari Malaysia, PAP tukar jadi DAP.
"Jadi, DAP ini anak butir tahi PAP. (Saya) Sebut dengan bahasa yang kasar sedikit," katanya ketika berucap di ceramah perdana 'Sempena Kejayaan Pembentangan RUU 355' di Marang, Terengganu malam tadi.
Video ceramah yang berdurasi selama hampir 35 minit itu telah disiarkan oleh Terengganu Kini yang dimuatnaik di laman Youtube dan mula menjadi tular dikalangan rakyat Malaysia.
Dalam pada itu, Hadi Awang juga turut membidas DAPigs yang mempertikaikan kerjasama PAS dengan UMNO sedangkan parti itu sendiri pernah berunding dengan pihak luar seperti Amerika Syarikat.
Selain itu, katanya, jika Pulau Pinang boleh berunding dengan Kerajaan Persekutuan mengenai jambatan Pulau Pinang atau projek di negeri itu, tiada sebab mengapa PAS tidak boleh berunding dengan UMNO untuk melaksanakan syariat Islam.
"Kita boleh berunding dengan UMNO, sesiapa saja untuk melaksanakan syariat Islam. Sedangkan dia dengan Amerika (Syarikat) pun berunding, dengan negara asing pun dia berunding, dengan kedutaan asing pun dia berunding.
"(Mereka) berunding dengan negara asing untuk mengubahkan politik Malaysia. Kita tak sampai ke tahap itu nak suruh negara asing campur tangan negara kita.
"Kita berunding dengan Umno saja, sama-sama Melayu, Islam. Salah? Mereka berunding dengan Amerika tak apa? Dia berunding dengan Amerika tak apa, berunding dengan negara asing tak apa, bincang mengenai politik Malaysia.
"Politik Malaysia biar orang Malaysialah yang buat perubahan. Tak perlu jemput Amerika mari, tak perlu jemput negara asing mari. Biar saya dedah di sini, kalau ada pemberita, siar, biar orang tahu," katanya.
Dalam erti kata lainnya, bagi PAS, DAPigs bukan sahaja dianggap sebagai 'Musuh Utama' mereka yang kuat menentang perlaksanaan Akta RUU 355. Malah parti itu juga sanggup menggadaikan Negara demi menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!
Sepatutnya dah lama perkara ini didedahkan.
BalasPadamcuma melayu2 pan,pkr&parti bunga jer lagi yg belum dpt hidayah dri Allah....semoga org tersohor yg sedang berumur 92 thn sempat bertaubat...
BalasPadam