Rabu, April 12, 2017

Hahaha!!! Kan dah kata dah. Memang melintang pukang Si Rafizi ni nak menjawab dakwaan yang dia buat terhadap PAS sebelum ini. Dia yang tuduh, sekarang dia pulak yang menggelupor.

Selepas teruk dia dikecam dan dibelasah oleh pengamal media sosial sebelum ini, Si Rafizi tu mula hilang akal sehingga membuatkan dia 'Menggelupor Biawak' nak menjawab isu yang dibangkitkan.

Maka sebab itu Si Rafizi tu sering berubah - ubah tuduhan yang dilemparkan terhadap PAS hanya semata - mata kerana dia tak puas hati dengan pembentangan RUU 355 yang dibuat oleh Hadi Awang.

Kalau sebelum ini, Si Rafizi tu mendakwa ada 'Individu' yang rapat dengan pemimpin PAS menerima habuan dana kewangan dari 1MDB. Tapi dia 'Takut' nak sebut nama individu tersebut.

Tapi hari ini, Si Rafizi tu tampil dalam satu kenyataan mengubah dakwaan yang dibuat kononnya 'Individu' yang dimaksudkan itu merupakan salah seorang 'Bekas Pemimpin PAS' pulak.
Beliau menjadi jambatan antara UMNO dan PAS,” katanya yang dipetik portal Malaysiakini semalam.
Malah Si Rafizi tu kata, tindakan 'Individu' itu menimbulkan kemarahan bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Nik Aziz kerana ingin menjalin hubungan antara partinya dengan UMNO.

Ramai yang berpendapat, pemimpin yang dimaksudkan oleh Si Rafizi tu adalah bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang telah lama dipecat dan dibuang dari PAS.

Namun pokok pangkalnya, tak kisah la siapa pun yang nak dituduh oleh Si Rafizi tu. Tapi, apa yang pasti, 'Individu' tersebut tidak ada sebarang kaitan pun dengan PAS atau pun UMNO.

Dan apa yang lebih penting, tuduhan Si Rafizi tu juga tidak ada kena mengena dengan isu RUU 355 yang dibentangkan oleh Hadi Awang di Parlimen sebelum ini. Maka, biarkan la Si Rafizi tu meroyan macam orang hilang akal dalam tuduhan liar yang dibuatnya!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping