Ahad, April 02, 2017

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini tampil memberikan nasihat kepada bekas pimpinan parti itu agar tidak mencampuri urusan pentadbiran parti berteraskan Islam itu.

Selain itu, dia juga menegaskan bahawa PAS tidak melayan gesaan supaya pimpinannya meletakkan jawatan berikutan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 gagal dibentangkan di Parlimen.
"Saya pun tak tahu siapa sebenarnya Husam Musa ni. Dia bukan ahli PAS dan dia tidak ada kaitan dengan PAS. Dia tiada hak untuk bercakap bagi pihak PAS sebab dia bukan ahli PAS dan dia dah dipecat," katanya kepada Antarapos.
Tuan Ibrahim menjawab kenyataan Husam yang merupakan bekas Naib Presiden PAS yang menggesa presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan jawatankuasa parti meletakkan jawatan mereka segera.

Gesaan itu dilakukan oleh Husam yang didakwa PAS telah GAGAL untuk membentangkan RUU355 dalam sidang Parlimen kali ini yang selama ini rancak diusahakan.

Tegas Tuan Ibrahim, PAS tidak gagal untuk membentangkan usul itu kerana sejak asal lagi RUU355 dibawa secara persendirian.
"Bagi saya kumpulan ini akan terus bersuara dengan pelbagai komen atau kritikan. Bagi mereka (apa PAS buat) semua tak betul. Jadi lebih baik mereka tak campur tangan dalam urusan PAS," katanya.
Tambahnya, PAS tetap akan membentangkan usul itu sebagai rang undang-undang persendirian walaupun sebelum ini Barisan Nasional menolak untuk membentangkan RUU tersebut.
Categories: , ,

5 ulasan:

  1. Pak Berahim tak kenal husam sebab husam dah bertukar jadi taik.

    BalasPadam
  2. Pendekar mustar rasa dia hebat tp aku rasa pendekar pendek tu suku Husam pun tak sampai.

    BalasPadam
  3. Jadi taik..!! Hahahahaha......

    BalasPadam
  4. Husam meroyan sakan sejak tak dpt jawatan. Cakap merapu sana sini.

    BalasPadam
  5. Mustar selalu jadi tukang repair apa tuang presideng cakap.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping