Rabu, April 05, 2017

Heh! Kelakar juga bila mendengar kawan - kawan bercerita mengenai keterujaan sesetengah pihak nak berebut kawasan menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang malam semalam.

Kita ingatkan selama ini setakat parti dikalangan puak Pakatan Haprak tu je yang masih sibuk nak berebut kawasan ni. Siapa sangka, sesama BN pun masih ada yang berperangai tak tentu arah ni.

Ada satu kawasan, tapi masing - masing nak tunjukkan yang diorang mempunyai pengaruh diatas kawasan tersebut. Maka, macam - macam program dibuat untuk menarik perhatian pengundi.

Sampai tahap, kata kawan - kawan tu, ada satu program tapi ianya diulang - ulang sebanyak tiga empat kali oleh mereka yang Gila nak berebut kawasan ni. Buat pulak dengan kelompok masyarakat yang sama.

Tapi apa yang mengecewakan mereka, wakil dari parti - parti tersebut datang hanya pada ketika nak dekat dengan Pilihan Raya. Dah la tu, kebanyakkan dari mereka semuanya orang luar.

Dan seperti kebiasaannya, orang luar ni mana ada rasa hormat dengan orang tempatan. Kebiasaannya diorang ni sesuka hati je datang dan main langgar je tempat orang tak tentu arah.

Mana orang tak meluat. Mana orang tak menyampah. Yang datang pulak, masing - masing nak tunjuk kuat. Masing - masing nak tunjuk hebat. Bukannya diorang datang nak mencaknakan rakyat.

Dan tambah menyedihkan ialah apabila ada pulak pihak yang mendakwa kononnya kawasan tu kawasan diorang. Maka ianya menghalalkan mereka untuk melakukan apa saja sesuka hati mereka.

Kalau diorang datang tu boleh menjamin kemenangan kepada Barisan Nasional, tahan gagah jugak lagi. Tapi sebaliknya, kehadiran diorang hanya membuat kacau bilau dikawasan tersebut.

Nampak gayanya, mentaliti suka buat kerja haramjadah ni masih ada lagi dikalangan pemimpin Barisan Nasional. Diorang ni seolah - olah masih belum sedar diri dengan keadaan semasa.

Kalau setakat datang nak bertanding ditempat orang, setidak - tidaknya, hormat la pada orang setempat. Jangan la datang bawak sekali perangai bodoh sombong diorang tu tak tentu arah.

Kalau dengan rakan dari satu komponen pun diorang boleh datang tunjuk lagak macam haramjadah, inikan pulak dengan rakyat biasa. Makin buat orang menyampah je dengan Barisan Nasional ni. Bila kalah esok, tau pulak diorang nak salahkan orang lain!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping