Isnin, April 10, 2017

Wau! Hebatnya Si Mat Sabu ni berbicara. Pandai sungguh dia mempergunakan dan menjaja nama orang lain hanya semata - mata untuk memastikan parti dia kekal relevan dikalangan rakyat.

Hakikatnya, parti pimpinan Si Mat Sabu ni dah jauh ketinggalan sehingga menyebabkan rakyat mula menganggap parti itu hanya sekadar bahan Boneka serta parti Ternakan DAPigs.

Maka sebab itu Si Mat Sabu tu berada dalam keadaan terdesak sehingga terpaksa menjual nama Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz, mantan Mursyidul Am PAS bagi menagih sokongan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Si Mat Sabu tu membuat dakwaan kononnya kepimpinan PAS yang ada pada hari ini 'Tidak Mewarisi Iman' yang ditinggalkan oleh Nik Aziz.

Walaupun Si Mat Sabu tu mengakui bahawa Iman itu bukan sesuatu yang dapat diwarisi, namun dia masih juga cuba nak memperlekehkan PAS yang tetap enggan bersatu dengan Pakatan.
"Iman itu tak dapat diwarisi, kita kena faham. Jika ada anak tak ikut pandangan bapa atau sebagainya, kerana iman tak diwarisi. Malah dikatakan pula, air baru naik sedikit, bukit ada lagi. Kemudian dirasakan bukit semakin tenggelam, dikatakan pula gunung masih ada. Dicari-cari kemudian jumpa Umno," sindir Mohamad ketika berucap di Seminar Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini.
IRONIKnya, Si Mat Sabu ni ikut 'Iman' siapa? Kot selama hari ini pun, Nik Aziz tak pernah pulak menyeru supaya PAS 'Totok' kepada DAPigs dan menjadikan parti itu sebagai 'Kiblat' mereka.

Bahkan, mantan Mursyidul Am PAS itu juga tidak pernah sekali pun meninggalkan perjuangan parti hanya semata - mata kerana mahu mengikut telunjuk dan arahan orang lain.

Maka dalam erti kata lainnya, Si Mat Sabu tu bukan sahaja sedang berada dalam keadaan terdesak. Malah Si Mat Sabu tu sanggup menghina perjuangan Allahyarham Nik Aziz secara tidak lansung dengan menjual maruah diri dia sendiri kepada DAPigs!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Satu masa dulu dia pernah mencari cari akhirnya jumpa di hotel perdana kota bharu...kena tangkap khalwat dgn isteri orang. Macam ni nak jadi pemimpin kunun..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping