Sabtu, April 29, 2017

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee telah diarah untuk meninggalkan Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) sejurus tiba di bandar raya itu jam 12.45 tengahari tadi.

Si Tony Puaka itu kemudiannya terpaksa kembali semula ke Kuala Lumpur dua jam kemudian selepas ditahan oleh pihak imigresen yang tidak membenarkan dia memasuki Sabah.

Pengerusi DAPigs Sabah mendakwa, tindakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah menggunakan kuasa imigresen bagi menghalang Tony Pua memasuki negeri itu amat tidak wajar.
“Jelas ini menunjukkan UMNO-BN semakin khuatir dan risau kerana DAP semakin mengukuhkan kedudukan di Sabah khususnya di kawasan pedalaman.
“Apa masalah tak benarkan Tony masuk (Sabah)? Tony bukan pengganas! Beliau adalah seorang Ahli Parlimen Malaysia yang dipilih rakyat,” katanya dipetik laporan portal pro pembangkang.
Ketua Publisiti DAPigs itu dijadualkan berada di Sabah hari ini sebagai memenuhi jemputan bagi program dialog dan isu-isu semasa bersama masyarakat luar bandar di Keningau dan Tenom.

Selain itu, Si Tony Puaka itu juga dijadualkan merasmikan Sistem Agihan Air Graviti Umpason serta melancarkan penubuhan beberapa cawangan DAP kawasan luar bandar dan pedalaman.

Selain dari Tony Puaka, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Naib Presiden DAPigs Kebangsaan, Teresa Kok antara pemimpin pembangkang yang dilarang memasuki Sabah tahun lalu.

Tahun lalu, DAPigs Sabah telah mengalami krisis kepimpinan yang cukup kronik apabila ramai dikalangan pemimpin serta ahli parti itu bertindak meninggalkan parti untuk menyertai parti lain yang didakwa lebih memberikan perhatian kepada isu - isu di Sabah.
Categories: ,

3 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping