Heh! Ingatkan bekas calon DAPigs, Wong Tack yang juga merupakan Pengerusi Gerakan Hijau Anti Lynas tu sahaja yang memiliki dua kerakyatan. Rupanya, ramai lagi pemimpin DAPigs tu yang ada dua kerakyatan ni ya.
ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon dari Parti Tindakan Demokratik (DAPigs) dilucutkan jawatan sebagai ADUN berikutan satu usul dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini.
Usul berkenaan dibentangkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Datuk Sri Wong Soon Koh yang mendakwa Dr Ting hilang kelayakan sebagai ADUN kerana memperolehi kewarganegaraan Australia, berdaftar sebagai pengundi di negara itu dan berikrar taat setia kepada negara di luar persekutuan Malaysia.
Wong yang juga ADUN Bawang Assan berkata, berdasarkan perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Sarawak yang menyatakan bahawa mana-mana orang yang dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan asing atau menikmati hak-hak kerakyatan asing akan hilang kelayakan sebagai seorang ADUN.
"Oleh itu, di bawah Perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Negeri, dia bukan seorang yang layak dan sesuai untuk menjadi ahli Dewan yang mulia ini," katanya.
Pengundian terhadap usul untuk menggugurkan kelayakan ADUN DAPigs itu telah menyaksikan seramai 70 orang ADUN menyokong manakala 10 orang menentang.
Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Asfia Awang Nasar mengumumkan perlucutan tersebut berkuat kuasa serta merta. Penyingkiran wakil DAP itu bakal menyaksikan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Pujut.
Dah dah dia ada dua kerakyatan dan klu ikut perlembagaan pun mmg sah dia xblh jadi adun tp mengapa 10 org tu menentang usul melucutkan kelayakan adun tersebut..adakah penentangan mereka ini memberi erti bahawa sesiapa yg mempunyai 2 kerakyatan boleh bertanding di malaysia..inilah pembangkang semua benda nak dibangkangnya walau telh terbukti benda tu salah..dimana rasa hormat mereka pd kedaulatan negara klu benda yg tak boleh pun mereka nak sokong juga..
BalasPadamYiiiihaaa... Aku orang Pujut, dengan ini mengumumkan bahawa kami akan raya puasa dan raya undi taun ni!!
BalasPadam