Heh! Nampak gayanya memang betul penyakit Paranoid yang dialami oleh Si Azmin Ali ni semakin menjadi jadi sehingga membuatkan dia berada dalam keadaan delusi pada ketika ini.
Perkara itu nampak jelas ketara apabila Timbalan Presiden PKR tu membuat dakwaan kononnya wujud pihak yang cuba menjahanamkan pentadbiran Rejim Pakatan Selangor dari dalam.
Tanpa menamakan pihak berkenaan secara spesifik, Azmin menyifatkan golongan berkenaan sebagai Pengkhianat kepada amanah rakyat yang perlu ditentang secara habis - habisan.
"Semenjak akhir-akhir ni ada individu dan kumpulan kembiri politik yang dengki dan cemburu dengan kejayaan Selangor dan cuba melemahkan pencapaian kestabilan negeri.
"Mereka melempar fitnah, dikutip oleh media, mencipta polemik dan provokasi. "Saya mengajak perwakilan, kita persetankan kembiri politik ini. AMK dan Wanita Keadilan mesti bersama mempertahankan kubu kita.
"Ingat, mereka berdepan dengan Azmin Ali dan Keadilan. Mana-mana pihak sama ada individu atau kumpulan yang cuba gugat kestabilan Selangor, mereka adalah pengkhianat amanah rakyat. Mereka adalah musuh kita dan kita akan lawan habis-habisan. Lawan tetap lawan," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Kongres Nasional AMK dan Wanita Keadilan, di Dewan Sivik MBPJ, malam tadi.
Bagi sesetengah pihak, kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin tu secara tidak lansung ditujukan kepada beberapa orang pemimpin dari kalangan Pakatan, termasuk dari PKR sendiri.
Jika sebelum ini, ada pihak mendakwa kononnya tindakan sesetengah pemimpin PKR yang sengaja mewujudkan permusuhan dengan PAS baru - baru ini sebagai taktik sabotaj terhadap Azmin.
Katanya, tindakan pemimpin seperti Saifuddin Nasution dan Rafizi Ramli yang kerap kali menyerang PAS secara terbuka mengundang permusuhan secara terbuka diantara kedua - dua parti.
Saifuddin Nasution sebelum ini melabelkan PAS sebagai sebuah parti Pengkhianat. Manakala Rafizi pula melempar fitnah dan mendakwa PAS menerima habuan dana kewangan yang lumayan.
Jelas mereka, permusuhan yang diwujudkan oleh kedua - dua pemimpin PKR itu adalah untuk memberikan tekanan kepada Azmin Ali yang juga merupakan Menteri Besar Selangor.
Malah dari pemerhatian Politik, memang Si Azmin Ali tu hanya mampu mengekalkan jawatan yang disandangnya pada ketika ini dengan bantuan serta sokongan dari PAS semata - mata.
Secara kesimpulannya, mereka beranggapan jika PAS tidak lagi bekerjasama dengan PKR di Selangor, maka kedudukan Si Azmin tu sebagai Menteri Besar bakal tergugat secara lansung dan akan menyebabkan dia hilang jawatan itu selepas PRU yang akan datang!!!
Kalu dah gitu, sedarlah Azmin and geng kmu semua dalam pakatan adalah juga pengkhianat kerana cuba jatuhkan kerajaan pusat yang telah di pilih secara sah mengikut proses yang sah.
BalasPadamApa punya mangkuk si Azmin ni.