Selasa, Mei 09, 2017

Jika selma ini, Si Rafizi ni sering kali tampil dengan pendedahan 'Luar Biasa' terhadap salah laku yang dilakukan oleh 'Musuh - Musuh' Politiknya. Kali ini, giliran dia pulak diberi 'Kata Dua'.

"Mohon maaf atau dikenakan tindakan undang-undang", itu kata dua yang diberikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu, Wan Abd Malik Wan Sidek terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Wan Abd Malik berkata tindakan Rafizi mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap institusi kehakiman syariah baru-baru ini merupakan satu penghinaan kepada institusi itu serta hakim-hakim mahkamah syariah.

Tuduhan tidak berasas itu juga katanya, mampu mewujudkan kekeliruan serta mengurangkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi kehakiman syariah sekali gus merendahkan martabat hakim-hakim mahkamah syariah.
"Jadi kita minta Rafizi menarik balik kenyataan itu atau memohon maaf secara terbuka. Kita berikan tempoh masa sebulan untuknya berbuat demikian sebelum tindakan undang-undang diambil.
"Ia juga satu penghinaan kepada institusi raja-raja Melayu yang telah melantik hakim mahkamah syariah sekaligus merendahkan reputasi mereka di mata masyarat," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu hari ini.
Wan Abd Malik membuat laporan polis terhadap Rafizi yang juga Naib Presiden PKR berikutan kenyataan yang dibuat Rafizi dalam program 'Parlimen Olok-olok' pada 10 April lepas.

Dalam slot tersebut, Rafizi mendakwa pindaan RUU 355 yang dibentang Ahli Parlimen Marang akan meningkatkan risiko pengambilan rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan hakim mahkamah syariah.

Jelasnya ini juga bagi memberi peringatan dan pengajaran kepada Rafizi agar tidak bermulut celupar dengan mudah melakukan penghinaan terdapat mana-mana organisasi.

Wan Abd Malik yang juga Ahli Persatuan Pegawai-pegawai Syariah Seluruh Malaysia menegaskan perkara berkaitan agama tidak sepatutnya dipolitikkan dan kenyataan yang dikeluarkan itu (oleh Rafizi) adalah untuk kepentingan dirinya semata-mata.
"Laporan ini dibuat kerana kenyataan Rafizi itu merupakan satu serangan ke atas integriti institusi kehakiman syariah dan perlu disiasat di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana memfitnah," katanya.
Dalam erti kata lainnya, kenyataan yang dibuat oleh Rafizi itu membuktikan bahawa puak Pakatan Haprak ni bukan sahaja tidak menghormati institusi Agama Islam di Malaysia, malah mereka juga turut memandang hina terhadap mereka yang terlibat secara lansung!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. bagi masa sebulan?,lama nya utk Mp pondan ni mohon maaf...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping