Heh! Jangan salah sangka. Sejak akhir - akhir ni status 'Janda' ni bukan merujuk kepada individu yang bercerai dari hubungan perkahwinan. Tapi merujuk kepada hubungan kerjasama Politik.
Istilah 'Bercerai' itu lebih mudah dijadikan rujukan kepada hubungan yang telah diputuskan oleh parti Politik dikalangan Pakatan Pembangkang yang kini semakin kuat bercelaru sesama mereka sendiri.
Dan yang terbaru melibatkan hubungan kerjasama Politik diantara PAS dengan PKR yang telah diputuskan melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Majlis Syura PAS sebelum ini.
Keputusan Majlis Syura PAS itu membuatkan hubungan Politik puak Pakatan Pembangkang itu menjadi diantara topik paling hangat diperkatakan dikalangan rakyat pelbagai peringkat.
Bagi sesetengah pihak yang menyokong, tindakan yang dilakukan oleh Majlis Syura PAS itu adalah satu langkah yang wajar bagi menjaga kepentingan dan menjamin maruah parti tersebut.
Namun tak kurang juga bagi pihak yang menentang menganggap tindakan PAS itu sebagai satu langkah BODOH dan hanya dilakukan kerana kepimpinan parti itu sudah menjadi 'Pemakan Dedak'.
Dakwaan itu kini menjadi bahan jajaan Politik Sempit Pakatan ekoran hubungan baik diantara PAS dan UMNO sejak kebelakangan ini membangkitkan kemarahan dikalangan mereka.
Maka, habis satu dunia mereka menjaja cerita kononnya PAS mengambil tindakan untuk menceraikan PKR kerana ada dikalangan pemimpin parti tersebut mendapat habuan dana kewangan dari UMNO.
Walaubagaimana pun, dakwaan yang cuba dijaja oleh puak Pakatan Haprak tu seolah - olah tidak dihiraukan lansung oleh kepimpinan PAS. Sebaliknya, mereka pulak cuba menganjing puak Pakatan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Mursyidul Am PAS tidak menolak sebarang kemungkinan sekiranya parti itu mahu menjalinkan hubungan kerjasama Politik dengan UMNO.
“Kita bersedia bertahaluf siyasi bukan sahaja dengan Umno tetapi dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk Parti Cinta Malaysia (PCM) yang menunjukkan minat," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan jentera pilihan raya PAS Kawasan Kepala Batas di sini hari ini.
Secara tidak lansung, kenyataan yang dibuat oleh Mursyidul Am PAS itu dianggap oleh sesetengah pihak sebagai satu tindakan yang sengaja mencurah minyak ke atas api yang sedang membara. Penyudahnya nanti, puak Pakatan tu juga yang akan terbakar sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.