Wah!!! Murni sungguh jiwa Si Mak Lampir ni rupanya ya. Dia kata dia enggan bertanding dalam pemilihan Ketua Wanita bagi penggal hadapan kerana nak memberikan laluan kepada orang muda.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Si Mak Lampir tu kata dia tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Wanita Keadilan dalam penggal yang akan datang.
"Ni last term (penggal akhir) saya, saya tak akan bertanding dalam Ketua wanita lagi kerana saya dalam proses menyerahkan kepada timbalan wanita PKR Haniza Talha.
"Saya tahu Haniza cukup memahami Wanita Keadilan, saya rasa dia paling cocok dengan agenda wanita dan saya rasa dah tiba masanya nak bagi laluan kepada yang muda," katanya.
Kalau dari satu sudut, memang nampak la macam Si Mak Lampir tu 'Suci Hati' kerana sanggup nak melepaskan jawatan kepada orang lain dan tidak bertanding dalam pemilihan akan datang.
Tapi kalau betul Si Mak Lampir tu nak memberikan laluan kepada orang muda, baik dia tak payah bertanding lansung dalam apa - apa jawatan sekali pun. Waima jadi Ahli Parlimen pun tak payah.
Kalau setakat tak nak bertanding sebagai Ketua Wanita, tapi dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang dia tetap juga nak bertanding, takde makna la ke-SUCI-an Hati Si Mak Lampir tu.
Dan kebarangkalian Si Mak Lampir tu tetap juga akan bertanding dalam pemilihan yang akan datang. Paling tidak, dia tetap akan bertanding menjadi Ahli Jawatankuasa, jika bukan jawatan Naib Presiden.
Makanya, tak de makna Si Mak Lampir ni cuba nak memancing sokongan simpati dari kalangan ahli serta mengelirukan rakyat. Hakikatnya, apa yang dilakukan oleh Si Mak Lampir tu hanya sekadar lakonan demi untuk meraih simpati Murahan semata - mata!!!
muka da perangai nya sama..
BalasPadam