Pakatan Haprak ni serupa macam Beruk kalau diorang dapat kuasa!!! |
Heh! Nampak gayanya, memang tak menjamin masa depan sekiranya masih ada yang 'Buta' memberikan sokongan kepada puak Pakatan Haprak yang sedang 'Muflis Agenda' pada ketika ini.
Kalau dilihat dari satu sudut, memang benar puak Pakatan Haprak tu tidak mampu untuk memberikan jaminan yang cukup baik kepada rakyat bagi menjadikan mereka sebagai pengganti.
Hakikatnya, puak Pakatan Haprak tu hanya sekadar berjuang demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Bukannya sebab mereka ada agenda untuk menjaga rakyat.
Malah jika dilihat satu persatu secara terperinci, kewujudan puak Pakatan Haprak tu pada ketika ini hanya bersandarkan kepada agenda perjuangan Individualistik parti mereka sendiri.
PKR dengan agenda untuk membebaskan Si Ketua Penipu tu dari penjara. DAPigs pulak dengan agenda Chauvanist mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Republik.
PAN tak payah cerita la. Diorang wujud pun hanya semata - mata kerana nak terus kekal menjadi Barua dan Balaci DAPigs. Maka sebab itu diorang digelarkan sebagai parti Ternakan DAPigs.
Maka tak salah sekiranya gabungan parti Pembangkang itu dianggap sebagai golongan yang 'Muflis Agenda' untuk menjamin masa depan Negara seperti mana yang dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri.
Datuk Seri Najib Razak berkata parti pembangkang di negara ini tidak mempunyai agenda positif serta tidak boleh dijadikan sandaran oleh rakyat untuk menjamin masa depan negara yang lebih maju dan makmur.
Najib sebaliknya menyifatkan parti dan pemimpin-pemimpin pembangkang sebagai hanya pandai ''menyerang'' dan mengkritik kerajaan meskipun kritikan mereka selalu tidak masuk akal, tidak waras dan tidak rasional.
"Saya bagi contoh. Bila harga minyak petrol naik (disebabkan harga minyak di pasaran antarabangsa naik), mereka kata Perdana Menteri (PM) yang naikkan. Dia (pembangkang) persalahkan siapa? PM.
"Bila harga minyak turun, (pembangkang kata) harga pasaran punya (sebab harga pasaran antrabangsa turun). Itu tak adil. Kalau harga naik, saya kena kutuk, kalau harga turun patutnya saya dapat pujian," katanya.
Sebagai contoh lain, apabila kerajaan membawa pelabur China melabur di negara ini, pembangkang tuduh kerajaan menjual kedaulatan Negara namun apabila kerajaan mengambil keputusan membatalkan perjanjian pelaburan itu, pembangkang mempertikaikannya pula.
Dalam erti kata lainnya, kerja puak Pakatan Haprak tu hanya sekadar nak mendapatkan kuasa sahaja semata - mata. Sedangkan sesama mereka sendiri pun masih tak mampu nak selesaikan masalah dalam parti masing - masing, inikan pulak nak menyelesaikan masalah rakyat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.