Khamis, Mei 25, 2017

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya bertaubat dan berhenti menyerang parti Islam itu serta bapanya dengan mengaitkan isu “Tuhan mencarut”.

Bekas ketua Pemuda PAS itu berkata, tindakan bekas perdana menteri berusia 91 tahun itu menyelar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sudah meninggal dunia menggambarkan kecelaruannya dengan hambatan sejarah silam yang menghantuinya.
“Ketika beliau berjaya mengalahkan semua musuh politiknya, beliau tidak pernah menang melawan perjuangan politik tuan guru. Dendamnya belum berakhir.
“Dendam dan bencinya kepada PAS adalah berterusan. Beliau gembira PAS pecah, tetapi beliau malu melihat bagaimana bekas pemimpin PAS yang menyokongnya hari ini amat lemah dan gagal melemahkan PAS sedikit pun.
“Saya kekal menyerunya bertaubat dan kembali ke tikar sejadah. Itulah yang terbaik untuk beliau di hujung hayatnya. Tak payahlah buat kerja ‘lu langsi lu mati’ yang berulang-ulang sejak muda sampai tua,” katanya menerusi kenyataan di Facebooknya hari ini.
Kenyataan itu dipercayai merujuk serangan terbaharu Dr Mahathir ke atas PAS dan Nik Aziz dengan mengulangi kata-kata bekas menteri besar Kelantan itu mengenai isu “Tuhan mencarut” yang pernah mencetuskan kontroversi sejak 1999.

Nik Abduh turut menyindir Dr Mahathir tidak mempunyai pendirian tetap dan suka bermusuhan dengan orang lain. Beliau menyenaraikan beberapa tindakan negarawan itu memecar pemimpin tidak digemarinya.
“Angkat Musa Hitam, pecat Musa Hitam. Angkat Ghafar Baba, pecat Ghafar Baba. Angkat Anwar, pecat Anwar. Angkat Pak Lah, pecat Pak Lah. Angkat Najib, ni nak pecat Najib pulak. Saya nasihatkan dia jangan pula angkat Mukhriz nanti. Nanti Mukhriz pun dipecatnya,” kata anak ke-5 Nik Aziz itu.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, rakyat Malaysia boleh menghormati bekas Perdana Menteri Malaysia itu sebagai seorang negarawan, tetapi perlu menolak perjuangan Politiknya ketika ini.

Tun Mahathir sebelum ini telah menggemparkan dunia Politik negara dengan mengambil tindakan drastik keluar UMNO dan menubuhkan PPBM serta menyertai barisan Pakatan Haprak yang turut dianggotai DAPigs, parti yang menjadi Musuh Utamanya selama hari ini.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Masa masih ada utk bertaubat. Jgn tunggu saat nazak.

    BalasPadam
  2. DIA KENA BANYAK2 BERTAUBAT. MINTA MAAF KPD RAJA2, SEMUA PERDANA MENTERI MALAYSIA, HAKIM NEGARA , ANWAR IBRAHIM DAN AKHIR RAKYAT MALAYSIA ATAS KERUGIAN BANK NEGARA

    BalasPadam
  3. ingin berita politik yg lebih ? kunjungi saja
    http://laskarpolitics.blogspot.com/2017/05/inilah-alasan-habib-rizieq-kenapa-tidak.html

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping