Isnin, Mei 08, 2017

Nampak gayanya perang mulut diantara Anak Ikan Mak Lampir tu dengan Rafizi Ramli mengenai INVOKE dan NOW berakhir kepada pendedahan Rafizi tentang pendapatan dan perbelanjaan INVOKE.

Walau bagaimana pun Si Rafizi tu tetap GAGAL menyahut cabaran yang dikemukakan oleh Anak Ikan Si Mak Lampir tu untuk menunjukkan senarai pemberi derma dan siapa menerima wang INVOKE.

Malah terdapat juga keraguan yang cukup besar pada pendapatan seperti Tabung Haji dan ASB yang tidak dijelaskan oleh Si Rafizi tu secara terperinci seperti mana yang dilakukan sebelum ini.

Keadaan itu sekali gus merancakkan perang diantara Kem Presiden PKR dan Timbalan Presiden serta membuktikan bahawa kepincangan dalam kepimpinan parti itu semakin bertambah kronik.

Serangan terhadap Si Rafizi itu seolah - olah mendapat restu sepenuhnya daripada kartel yang menyokong Azmin Ali selaku MB Selangor dan Zuraida Kamaruddin Ketua Cabang Ampang.

Sebelum ini Latheefa Koya dari kem Presiden juga turut menyerang Rafizi yang didakwa mengaut kutipan dana yang hampir mencecah jutaan ringgit tapi menghasilkan Logo Pakatan amat buruk.

Hari ini Naib Presiden PKR Nurul Izzah menyokong Rafizi dan meminta sebarang kritikan dibuat terhadap mana-mana pimpinan tertinggi dalam parti termasuk kepada Rafizi Ramli tidak seharusnya dilayan.

Si Nurul Izzah Anwar itu berkata, Anak Ikan Si Mak Lampir tu kini sedang bercuti dari parti ekoran berdepan dengan siasatan rasuah dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Nurul Izzah juga turut dilihat cuba mempertahankan Rafizi yang telah disabitkan kesalahan kerana mendedahkan dokumen - dokumen yang tertakluk bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Namun bagi sesetengah pihak, tindakan yang dilakukan oleh Nurul Izzah itu tidak menghairankan kerana sebelum ini mereka pernah berpakat dalam satu pasukan untuk menumbangkan Azmin.

Selama ini serangan terhadap Invoke, Now dan Rafizi pernah dibangkitkan sebelum ini namun tidak dilayan Rafizi. Siapa sangka serangan jutawan muda PKR itu mendorong kurang 24 jam Rafizi menjawab pendapatan dan perbelanjaan INVOKE.

Sejak INVOKE ditubuhkan hingga 30 April 2017 adalah sebanyak RM2,780,652 berjaya dikutip dan berbelanja RM 2,394, 440. RM787,049 dikatakan disuntiknya secara peribadi daripada dana berpunca daripada simpanan Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera yang meragukan. 
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Kepala taik back up kepala taik, ekor taik melopong tak tau nak buat apa.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping