Khamis, Mei 11, 2017

Ini sorang lagi bekas pemimpin PAS yang cuba nak memberikan alsan terhadap Pengkhianatan yang telah dilakukannya terhadap parti yang telah memberi banyak sumbangan kepada dirinya sendiri.

Jika tadi kita cerita pasal dakwaan yang dibuat oleh Si Mat Sabu dengan menyatakan bahawa PAS merupakan sebuah parti yang mengamalkan budaya Takfiri sehingga menyebabkan dia keluar parti.


Kali ini, Ahli Parlimen Shah Alam itu pulak tampil mempertahankan tindakan yang dilakukan oleh dia dan rakan - rakannya menubuhkan PAN bukan kerana mereka menjadi Pengkhianat.

Sebaliknya, Si Khalid Samad tu membuat dakwaan dengan menyatakan bahawa Pengkhianat sebenar kepada PAS adalah pimpinan utama parti tersebut termasuk Presiden partinya iaitu  Abdul Hadi Awang.
“Saya bukan pengkhianat dia (Abdul Hadi) pengkhianat,” ujarnya semasa sidang live Anda Tanya Saya Jawab menerusi FB malam tadi.
Pengarah Komunikasi PAN itu juga mengaitkan peristiwa Perang Uhud dimana ada tentera Islam mengingkari perintah Rasulullah turun dari bukit untuk mengambil harta rampasan perang dan menyamakan PAS sekarang seperti itu.

Bagi Khalid, dia dan rakan - rakannya dalam PAN masih memegang mandat PRU-13 untuk bersama pembangkang lain menentang BN bukan seperti PAS yang kini ‘bersahabat’ dengan pihak musuh.

Menurutnya, PAS bertanggungjawab memecahkan hubungan pakatan pembangkang dan bukan DAPigs selepas pemimpin PAS didakwa ‘termakan’ dengan umpan yang diberi oleh UMNO.

Malah Khalid juga turut membuat dakwaan kononnya selepas PAS mendapat habuan dari UMNO, mula la mereka mencari salah dengan menyalahkan PKR kemudian menjadikan DAPigs sebagai 'Musuh Utama'.

Bagaimanapun, kata Si Khalid Samad, apabila diserang, DAPigs mula membalas kerana parti itu mempunyai kekuatan mereka sendiri namun PKR pada peringkat awal masih ‘takut’ mahu melawan PAS.

Ketika itu PAS mula mempertikaikan PKR dan tidak menyokong pemilihan Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh selepas ‘ketiadaan’ Si Ketua Penipu tu sebelum ini.

Mengenai RUU355, Khalid mendakwa Abdul Hadi sepatut membincangkan perkara itu dalam Majlis Mesyuarat Presiden Pakatan namun Ahli Parlimen Marang itu didakwa tidak berbuat demikian.
“Janji tapi tiba-tiba dengar kata Presiden Pas bawa usul persendirian dan serah kepada speaker tanpa dibawa ke Majlis Presiden.
“Itu sebab DAP kata kami putuskan hubungan dengan Presiden Pas bukan parti lagi ketika itu. Kalau dia (DAP) anti Islam dia putuskan Pas kerana cakap tidak serupa bikin,” ujarnya lagi.
Satu perkara lagi yang menjadi dakwaan Khalid, sewaktu pemilihan Wan Azizah menjadi bakal Menteri Besar Selangor, PAS bersetuju tetapi tiba - tiba mereka bertukar fikiran pada saat akhir.

Sebaliknya, PAS memberikan sokongan kepada Azmin yang terlebih dahulu melobi jawatan tersebut dan berjaya menidakkan pencalonan Wan Azizah sebagai calon tunggal Pakatan Haprak tu.

Pokok pangkalnya, dakwaan yang dibuat oleh Si Khalid Samad itu memberikan gambaran bahawa dia sedang berada dalam keadaan terdesak apabila mula hilang sokongan dari pengundi dikawasannya sendiri.

Malah, tindakan pemimpin PAN yang tampil semalam sekali gus membuktikan bahawa PAS masih lagi mempunyai pengaruh yang cukup kuat dikalangan rakyat sehingga menyebabkan parti Ternakan DAPigs itu 'Ketar Buah Kerandut' mereka!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Khalid meroyan sakan sbb shah alam bakal terlepas.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping