Isnin, Mei 08, 2017

Sehingga ke hari ini, masih ada dikalangan pemimpin PKR yang belum sedar diri dengan hakikat bahawa parti itu bakal kehilangan sokongan dari sekutu kuat mereka iaitu PAS. 

Ianya ekoran pendirian yang dibuat oleh PAS melalui Muktamar Tahunannya baru - baru ini yang menerima usul untuk memutuskan hubungan kerjasama Politik mereka dengan PKR.

Walaupun ada dikalangan pemimpin PKR masih mengharapkan sokongan dari PAS, namun hakikatnya kesombongan dan keangkuhan yang dipamerkan tidak memungkinkan keadaan itu berlaku.

Mungkin bagi sesetengah pemimpin PKR, mereka mengharapkan PAS sedar bahawa sekiranya parti itu bersendirian menghadapi PRU yang akan datang, PAS pasti akan kecundang.

Maka sebab itu ada dikalangan mereka yang menyerang PAS secara bertubi - tubi dengan mencetuskan pelbagai spekulasi dan menimbulkan provikasi terhadap kepimpinan PAS secara terbuka.

Namun hakikatnya, taktik yang digunakan oleh pemimpin PKR itu hanya sekadar memburukkan lagi keadaan. Sebaliknya PAS seolah - olah tidak peduli dengan serangan persepsi yang cuba dibangkitkan.

Bahkan, PAS sendiri dengan penuh yakin dengan kemampuan diri mereka untuk mengekalkan kedudukan dan mempunyai strategi sendiri sekiranya mereka memutuskan hubungan dengan PKR.

Malah, PAS juga mendakwa mereka sudah mempunyai pelan alternatif walaupun parti itu memutuskan hubungan dengan sekutunya PKR seperti mana yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS.

Katanya, ramalan oleh pelbagai penganalisis politik bahawa PAS akan menjadi "kalah paling teruk" jika Majlis Syura PAS membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PKR.
"Sesiapa sahaja boleh membuat ramalan atau analisis tetapi kita tahu apa yang kita lakukan. Kami mempunyai rancangan alternatif apabila kita mengambil keputusan tertentu dalam politik. Kami tidak hanya membuat keputusan, semuanya telah diambil kira," katanya kepada pemberita di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur selepas mesyuarat jawatankuasa kerja pusat, hari ini.
Memetik pengalaman parti dan kewujudan pusat penyelidikan sendiri, Takiyuddin juga turut menegaskan bahawa saf kepimpinan baru PAS hari ini terdiri daripada golongan profesional.
"Daripada 18 anggota jawatankuasa pusat PAS, empat adalah doktor perubatan manakala lima adalah pemegang PHD," katanya.
Dalam erti kata mudahnya, PAS tidak la 'Kemaruk' sangat nak mendapatkan sokongan dari PKR. Dan PAS bukannya sebuah parti yang wujud hanya kerana nak membebaskan seorang banduan dari dalam penjara semata - mata!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping