Rabu, Mei 10, 2017

Jika dilihat dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor ni seolah - olah cuba menyindir Ketua Menteri Pulau Pinang, Si Lim Guan Eng tu secara tidak lansung.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Si Menteri Besar Selangor ni kononnya menyokong tindakan yang dilakukan oleh Anak Ikan Si Mak Lampir tu bercuti dari pegang jawatannya.

Kata Si Azmin, tindakan yang dilakukan oleh Anak Ikan Si Mak Lampir tu adalah satu langkah yang tepat supaya ianya tidak melibatkan parti serta menghormati undang - undang.

"Kita terima keputusan dia. Ia keputusan tepat supaya tidak dikaitkan dengan parti dan kita kena menghormati proses undang-undang. Seseorang tidak bersalah sehingga didapati bersalah oleh mahkamah. Dia ada hak untuk pertahan diri dan proses itu akan dilalui.
"Sementara itu dia ambil keputusan bercuti dan parti menerima keputusan beliau hendak bercuti," katanya selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di SACC Convention Centre di sini hari ini. 
IRONIKnya, kenyataan Si Menteri Besar Selangor tu seolah - olah cuba menyindir Guan Eng yang tetap enggan melepaskan jawatan Ketua Menteri setelah dipalit dengan kes rasuah.

Tambah menghairankan, kenapa Si Menteri Besar Selangor tu tak berani pulak nak bersuara mendesak rakan sekutunya dalam Pakatan Haprak tu mengambil tindakan yang sama?

Sebagai rekod, hubungan diantara Azmin dan Guan Eng memang tidak berapa baik walaupun mereka duduk dalam satu gabungan dikalangan pemimpin parti pembangkang itu sendiri.

Bahkan perbalahan yang wujud diantara kedua - dua pemimpin tersebut sudah menjadi 'Rahsia Umum' yang turut menjadi bahan bualan dikalangan rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini.

Guan Eng pada ketika ini juga sedang menanti perbicaraan berkaitan dengan kes rasuah yang melibatkan penyelewengan kuasa serta pembelian sebuah rumah banglo mewah 'Terlajak Murah'. Jadi tak salah kalau ada yang anggap kenyataan Si Azmin tu cuba menyindir Guan Eng secara terbuka!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping