Isnin, Mei 08, 2017

Heh! Nampak gayanya propaganda puak Pakatan Haprak untuk menimbulkan kecurigaan dikalangan rakyat terhadap PAS melalui dakwaan kononnya parti itu bersekongkol dengan UMNO masih belum berkesudahan.

Mungkin sebab itu puak Pakatan Haprak tu sering kali tampil mengitar semula cerita rekaan fiksyen mereka berkaitan dengan hubungan diantara PAS dan UMNO pada ketika ini.

Dari satu sudut, nampak sangat yang puak - puak Pakatan Haprak tu sudah ketandusan isu untuk dijadikan bahan modal jajaan Politik bagi membangkitkan kesangsian terhadap PAS dan UMNO.

Jika semalam, terdedah dilaman media sosial keratan perbualan diantara seorang pemimpin PAS yang mengutuk Presiden parti, Hadi Awang secara terbuka melalui aplikasi Whatsapp.

Bagi sesetengah pihak, tindakan mereka menyebarkan keratan perbualan itu merupakan salah satu bukti betapa terdesaknya puak Pakatan Haprak tu nak memburukkan PAS dan UMNO.

Ada yang mendakwa kononnya PAS sebelum ini telah mendapat bantuan dana kewangan dari UMNO sebanyak RM 90 juta. Namun, dakwaan itu tidak dapat dibuktikan sehingga ke hari ini.

Pokok pangkalnya, agenda puak Pakatan Haprak tu adalah untuk menimbulkan persepsi bahawa PAS merupakan sebuah parti yang mudah untuk diberi 'Makan' dengan dana kewangan.

Malah mereka juga turut ingin memberikan gambaran seolah - olah UMNO sedang berada dalam keadaan terdesak sehingga terpaksa memberi 'Dedak' kepada PAS sebanyak RM 90 juta.

Namun hakikatnya, tindakan puak Pakatan Haprak itu hanya membuktikan bahawa mereka sendiri sedang dilanda sindrom paranoid yang cukup kronik kerana kehilangan sokongan dari PAS.

Walaupun mereka kata mereka mampu untuk meneruskan perjuangan tanpa sokongan dari PAS, tetapi tindakan yang mereka lakukan sejak kebelakangan ini hanya membuktikan sebaliknya.

Secara REALITInya, puak Pakatan Haprak tu lupa bahawa UMNO pun "Tak Ketagih" nak dapat sokongan dari PAS sehingga tahap nak memberikan habuan seperti yang didakwa. Kot selama hari ini pun, 71 tahun UMNO masih kekal tanpa bantuan dari PAS!!!
Categories: , , , ,

1 ulasan:

  1. Pas bergabung dgn umno ni modal lama dan dah tak laku. Yang berselera makan fitnah je sanggup percaya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping