Sabtu, Jun 03, 2017

Bekas ahli PKR seumur hidup, Badrul Hisham Shaharin yang berjuang semasa era reformasi menentang kekejaman Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa bekas perdana menteri itu mahu jalan mudah untuk melantik anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ke takhta kuasa.

Badrul Hisham atau dikenali sebagai Chegubard itu berkata, tindakan Mahathir yang menyatakan hasratnya secara terbuka mahu menjadi perdana menteri semula memperlihatkan tujuan sebenar beliau yang berbaik semula dengan parti pembangkang yang suatu ketika dahulu adalah musuhnya.
“Saya dan teman-teman sudah menjangkakan dan itulah yang kami beritahu bahawa Mahathir mahu mengambil alih kuasa bagi memastikan Mukhriz anaknya menjadi perdana menteri bagi memelihara harta kekayaan kroni dan proksinya.
“Cuma peliknya kelihatan rakan-rakan pembangkang seperti dibutakan fakta ini kerana keghairahan kononya untuk merampas Putrajaya,” kata Badrul Hisham dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan Mahathir tersebut menurut Badrul Hisham hanya menunjukkan kelemahan Pakatan Harapan (PH) memandangkan majoriti pimpinan pembangkang masih menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri.
“Majoriti pimpinan dan jentera PH sebenarnya masih yakin Anwar jauh lebih layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 7 daripada Mahathir yang terpalit dengan perbagai kes korupsi dan penyelewengan sehingga kekayaan keluarga, kroni dan proksinya yang tidak terhitung.
“Kenyataan Mahathir ingin menjadi perdana menteri juga satu yang lucu dan menggambarkan nafsu buasnya kerana PKR milik Anwar mempunyai jauh lebih banyak bilangan kerusi dari parti Bunga Raya (PPBM) yang hanya ada satu kerusi parlimen sahaja,” katanya lagi.
Katanya lagi, Mahathir belum tentu menang jika bertanding dalam pilihan raya nanti tapi masih berangan untuk menjadi perdana menteri walhal rekod buruk pentadbirannya belum tentu menjamin kemenangan dalam pilihan raya nanti.
“Mahathir belum tentu menang bertanding sudah berangan menjadi Perdana Menteri semula. Mahathir perlu istyihar mahu bertanding di kawasan mana?
“Dengan rekod korup dan jenayah pentadbiran yang tidak terjawab Mahathir akan kalah walaupun bertanding semula di Kubang Pasu pun,” katanya.
Malah dalam masa yang sama, Badrul Hisham tidak menyembunyikan kebimbangan sejarah semasa era reformasi tahun 1998 akan berulang apabila ramai yang dipenjara dan dilayan dengan zalim.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Org tua tak sedar diri bernafsu nak jdi pm lgi. Rekod buruk pentadbiran kamu masih segar dlm ingatan kecuali utk melayu yg mudah lupa.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping