Selasa, Jun 20, 2017

Pusing la kot mana sekali pun, secara dasarnya PKR tetap anggap bekas Perdana Menteri Malaysia itu sebagai seorang yang tidak layak untuk menjadi pemimpin. Apatah lagi nak menggalas mandat rakyat.

Hakikatnya, PKR ditubuhkan atas sifat kebencian yang mendalam terhadap bekas Perdana Menteri itu yang tetap dilabelkan sebagai seorang pemimpin 'Diktator' yang 'Kejam' dan 'Zalim'.

Maka tak hairan la sekiranya ada dikalangan pemimpin parti itu tetap menolak pencalonan Tun Mahathir sebagai Teraju Utama Pakatan Haprak biarpun Pakatan menang dalam PRU akan datang.

Malah kesudian Pengerusi PPBM itu untuk kembali berkhidmat sebagai Perdana Menteri selepas gabungan Pakatan pembangkang itu berjaya menawan Putrajaya juga masih lagi diragui.

Menurut bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong, Tun Mahathir dilihat tidak mampu untuk menggalas mandat yang diberikan rakyat ekoran matlamat utamanya partinya hanya untuk menjatuhkan kerajaan BN pada PRU-14 kelak.
“Hingga kini PPBM tidak mengeluarkan sebarang manifesto sekiranya dia berjaya memerintah dan (jika salah) seorang ahlinya menjadi perdana menteri serta blue print mereka kita langsung tidak tahu.
“Oleh itu bagaimana rakyat nak mengharapkan parti ini yang ditubuhkan dalam masa satu tahun sahaja,” lapor sebuah portal hari ini.
Bahkan katanya, kenyataan terbaru yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu yang menolak untuk pencalonan Perdana Menteri juga dikhuatiri akan menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan penyokong.

Jelasnya, kebanyakkan pemimpin pembangkang sebelum ini mahu Si Ketua Penipu tu menjadi Perdana Menteri dan kesediaaan Mahathir hanya dianggap sebagai cubaan untuk merampas impian mereka.
“Saya anggap ramai ahli PKR akan kecewa dengan keputusan ini sebab dari mula semua anggap Anwar akan menjadi Perdana Menteri yang akan datang, bukannya orang lain, tetapi tiba-tiba nama Tun Mahathir disebut,” jelas Lum Yong.
Si Ketua Penipu tu yang kini sedang menjalani hukuman lima tahun penjara membuat kejutan apabila dia menolak tawaran untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan menang PRU-14 akan datang.

Namun kenyataan yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu sendiri juga tetap diragui dan dianggap seolah - olah satu taktik untuk meraih sokongan simpati murahan untuk dirinya sendiri semata - mata. Kalau dah namanya Penipu tu Penipu la jugak!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Melihat gelagat PH ni teringat aku kepada Semangat 46 dulu...! gah..nya Masha Allah...tapi tak hilang duit pertaruhan pun sudah dikira bernasib baik....!Selamat mencuba nasib,,,,!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping