Parti Amanah Negara (PAN) akan mengemukakan saman fitnah terhadap Bendahari Pas Pusat Razman Zakaria merangkap Pesuruhjaya Pas Perak berhubung dakwaan beliau kononnya PAN ditubuhkan sebagai 'proksi DAPigs'.
Beberapa hari ini, gambar yang bertajuk 'sejarah yang berulang' dengan menyamakan PAN dengan Rejimen Ke-10 iaitu sayap kanan Parti Komunis Malaya tular semula di media sosial.
Gambar itu difahamkan dimuat naik oleh Razman tahun lalu sebelum beliau sekali lagi mengulas berhubung gambar itu di Facebooknya semalam.
Peguam PAN Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Presiden Mohamad Sabu, timbalan presiden Salahuddin Ayub dan setiausaha agung Mohd Anuar Tahir berkata, pihaknya memberi masa 14 hari untuk Razman membuat permohonan maaf.
"Saya telah menerima arahan daripada anak guam saya untuk mengambil tindakan saman fitnah ke atas Razman oleh kerana dalam posting ini ada melibatkan beberapa pimpinan Amanah antaranya Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan Anuar Tahir, saya akan saman atas nama individu yang ada dalam gambar itu.
"Dalam masa sehari dua ini saya akan hantar notis tuntutan kepada Razman, kalau tiada apa-apa respons dalam masa 14 hari kita akan teruskan dengan tindakan saman," katanya pada sidang media bersama Salahuddin di Wisma Amanah Negara hari ini.
Hanipa yang juga pengerusi Biro Undang-undang PAN berkata, saman fitnah itu berasas kerana Razman membuat fitnah tersebut dalam keadaan tiada sebarang provokasi dilakukan ke atasnya.
"Razman kaitkan Amanah dengan komunis secara tiba-tiba, tak ada siapa provok dia dan dalam bulan Ramadan," katanya yang juga ahli parlimen Sepang.
Beliau juga berkata, DAPigs juga boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas Razman kerana gambar setiausaha agung DAPigs Lim Guan Eng turut ada dalam gambar yang dimuat naik.
Pada tahun 2015, Nizar Lilin pernah memfailkan tuntutan fitnah sebanyak RM3 juta terhadap Razman yang didakwa memfitnahnya sebagaimana artikel yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015, bertajuk Pendekatan Nizar mirip DAP.
Pan dgn Dap memang tak boleh dipisahkan. Saling menyokong.
BalasPadam