Ahad, Jun 11, 2017

Andai kata kalau dia nak bercakap, apa isu pun boleh diperkatakan. Tapi sekiranya anak buah yang berada dibawah dia mahu menyuarakan kebimbangan mereka, terus dirujuk kepada Lembaga Disiplin.

Inilah taraf perjuangan Hak Kebebasan Bersuara yang didokongi oleh Si Ketua Pemuda PPBM tu. Kalau dia nak bercakap, dia akan gunakan alasan ianya Hak Kebebasan Bersuara dia.

Tapi bila ada dikalangan Exco dia sendiri yang tampil menuntut kebenaran, terus dia dirujuk kepada Lembaga Disiplin parti kerana didakwa tidak menggunakan saluran yang betul.

Sebelum ini, seorang pemimpin sayap Pemuda PPBM menggesa Pengerusi parti, Tun Mahathir dan Presiden, Muhyiddin Yassin tampil memberi penjelasan bersabit isu yang membelenggu mereka.

Katanya, Tun Mahathir perlu memperjelaskan tuduhan mengenai kekayaan anak-anaknya yang diperoleh dalam masa yang singkat, manakala Muhyiddin pula wajar menjelaskan tuduhan skandalnya dengan seorang wanita.
"Kami orang muda mahu dipimpin oleh pemimpin yang telus dan bersih daripada amalan rasuah. Kami tidak suka apabila pemimpin parti kami dilempar dengan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.
"Justeru kami meminta mereka memberi pencerahan segera bagi menangkis tuduhan itu, menjaga nama baik parti serta memberi pencerahan secara jelas kepada kami anak-anak muda. Kami perlukan jawapan," katanya dipetik Berita Harian.
Hanya disebabkan Exco itu membuat tuntutan sedemikian menyebabkan Si Ketua Pemuda PPBM tu menyingga tak tentu arah dan menghalang Hak Kebebasan Exconya untuk bersuara.

Maka apa yang jelas, tindakan Ketua Pemuda PPBM itu membuktikan bahawa dia tidak mempunyai sebarang Integriti dan tidak boleh berhadapan dengan teguran dari orang lain.

Malah dia juga boleh dianggap sebagai seorang pemimpin yang RETORIK kerana bagi dia hanya dia sahaja yang boleh mempertikaikan itu dan ini sedangkan bila orang lain bersuara, tau pulak dia nak meroyan macam budak tak cukup umur tak dapat aiskrim!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. Dia ni meroyan kerana dibayar oleh PPBM. Kau ingat dia berjuang dengan ikhlas ke? Bayar baik punya...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping