Jumaat, Jun 23, 2017

Semua ahli politik di Selangor digesa untuk tidak menggunakan elemen istana sebagai 'pintu belakang' demi kepentingan peribadi, kata Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Malah dia juga juga turut membuat dakwaan terhadap Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang dikatakan pernah beberapa kali menggunakan 'pertolongan' istana untuk kepentingan Politik Peribadinya.
"Bila Umno guna sentimen istana pembangkang marah tetapi ingatkah kita bagaimana Azmin Ali gunakan sentimen istana demi melanggar arahan parti.
"Azmin guna lobi pintu belakang yang akhirnya kononnya dialah MB terpilih memalukan Wan Azizah dan Anwar.
"Bukan sahaja dia dapat menjadi Menteri Besar tetapi dia menyebabkan hubungan Anwar dan Sultan Selangor 'panas'. Namun ini juga seharusnya dijadikan peringatan kepada ahli politik supaya berhenti menggunakan sentimen Istana dan seumpamanya.
"Pendirian saya jelas, bagi saya fungsi masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat harus dipelbagaikan dan masjid harus sentiasa diimarahkan," katanya kepada Antarapos.
Dakwaan itu jelas merujuk kepada pelaksanaan Langkah Kajang yang dilakukan Azmin untuk menggantikan Khalid Ibrahim yang menyandang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Terdahulu, beberapa orang ahli politik sama ada daripada parti pembangkang atau pun kerajaan dilaporkan 'berpolitik' dalam masjid yang telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak.

Selain itu, kontroversi turut tercetus apabila ahli Parlimen Subang R. Sivarasa hadir ke Masjid An Nur Kampung Melayu Subang pada 24 Mei lalu untuk menyampaikan sumbangan RM71,000 bagi diagihkan kepada surau dan masjid di kawasan parlimen berkenaan.

Bagaimanapun tindakan beberapa orang pemimpin PKR itu yang didakwa 'berpolitik' di dalam masjid telah menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda bertitah, larangan menggunakan kawasan masjid untuk tujuan politik sudah berkali-kali dizahirkan.  Titahnya, baginda melarang anggota politik daripada berceramah atau berucap dalam masjid kerana tidak mahu tindakan itu menjadi punca perpecahan umat Islam.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping