Selasa, Jun 13, 2017

Amacam? Ada berani? Sibuk sangat nak dia suruh orang lain berdebat, dia berani tak nak berdepan dengan Exco dia sendiri untuk menjelaskan isu yang telah dibangkitkan sebelum ini?

Rentetan dari kenyataan media yang dibuat oleh salah seorang Exco Pemuda PPBM baru - baru ini, Ketua Pemuda parti itu sewajarnya mencabar Anak Buahnya itu sendiri untuk berdebat.

Seperti mana yang dilaporkan semalam, salah seorang Exco Pemuda PPBM tampil membuat kenyataan media mempersoalkan mengenai harta kekayaan yang dimiliki oleh anak Tun Mahathir.


Malah Exco Pemuda PPBM itu juga turut mempertikaikan kenapa Presiden parti itu masih lagi mendiamkan diri dari menjawab isu skandal seks yang dikaitkan dengan dirinya baru - baru ini.

Hanya kerana persoalan yang dibangkitkan itu dibuat secara terbuka dan melalui sidang media, Ketua Pemuda PPBM tu mula meroyan tak tentu arah mahu Exconya itu diheret ke Lembaga Disiplin.

IRONIKnya, kenapa Si Ketua Pemuda PPBM yang perasan ijak dari orang lain tu enggan mengadakan sesi debat secara terbuka dengan Anak Buah dia sendiri dihadapan khalayak ramai?

Kenapa pulak dia mahu mengheret Exco Pemudanya itu ke Lembaga Disiplin parti hanya semata - mata kerana mendakwa tindakan yang dilakukan itu tidak mengikut saluran yang betul?

Tambah menghairankan lagi, sebelum ini Si Ketua Pemuda PPBM tu juga pernah mendesak agar Naib Presiden parti, Datuk Hamidah Osman meletakkan jawatan dan keluar dari parti itu.

Kenapa pulak dia tak nak heret Kak Midah ke Lembaga Disiplin? Dan apabila tindakan biadap dia itu ditegur oleh Khiaruddin, terus dia mencabar Khairuddin untuk berdebat secara terbuka.

Tapi kali ini, kenapa pulak dia tak nak berdebat dengan Exco bawahannya sendiri? Tidakkah tindakan Si Ketua Pemuda PPBM itu membuktikan bahawa dia seorang pemimpin yang RETORIK?

Pokok pangkalnya, tindakan yang dilakukan oleh Si Ketua Pemuda PPBM itu membuktikan bahawa dia terlalu mentah dalam Politik dan mudah sangat melatah dengan emosinya sendiri. Elok suruh dia belajar kawal emosi dia dulu. Jangan anggap diri dia sorang je yang bijak!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping