Selasa, Jun 13, 2017

Heh! Nampak gayanya kenyataan yang dibuat oleh seorang Menteri baru - baru ini tidak diterima dengan baik dikalangan pengguna di laman media sosial sehingga menyebabkan dia dibelasah.

Rata - rata status yang dimuat-naik di laman media sosial menganggap kenyataan Menteri tersebut memberikan gambaran buruk terhadap sikap perpaduan yang wujud dalam Barisan Nasional.

Bahkan, dikalangan netizen juga berpendapat kenyataan dari Menteri itu tidak membayangkan sifat kekeluargaan yang selama ini dijalinkan diantara pemimpin - pemimpin BN.

Bagi sesetengah pihak, kenyataan Menteri itu menunjukkan sikapnya sebagai seorang pemimpin yang Sombong dan Bongkak walaupun terhadap sesama pimpinan Barisan Nasional.

Malah, tindakan Menteri itu juga turut menerima kecaman dari Pemuda Barisan Nasional Sarawak yang menganggap ianya tidak menunjukkan sifat berhemah dalam mengeluarkan kenyataan.

Jelas, kenyataan Menteri itu memberikan kesan negatif bukan sahaja dikalangan pemimpin Barisan Nasional, malah ianya turut menjejaskan hubungan diantara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

Perkara itu dapat dilihat dengan nyata apabila Kerajaan Barisan Nasional Sarawak mengambil keputusan drastik untuk keluar dari perbadanan Perlancongan Malaysia atau Tourism Malaysia.

Ianya berpunca dari kenyataan biadap yang dikeluarkan oleh Menteri tersebut terhadap teguran yang dikeluarkan oleh seorang Menteri Sarawak berhubung isu cukai Perlancongan baru - baru ini.

Secara tidak lansung, kenyataan itu mengundang rasa kurang senang dikalangan pemimpin Barisan Nasional yang menganggap ianya sebagai satu tindakan yang tidak sewajarnya dibuat oleh Menteri tersebut.

Biarpun Menteri itu dengan penuh rasa bangga mendakwa kononnya dia dah lama menjadi Menteri, namun kenyataan itu memberikan gambaran seolah - olah baru semalam dia terlibat dalam kancah Politik.

Bagi netizen, Menteri itu tidak memahami konsep diplomasi sewaktu mengeluarkan kenyataan sedemikian. Atau mungkin Menteri itu menganggap dirinya terlalu besar dari orang lain.

Sewajarnya Menteri seperti itu patut menerima teguran dari pucuk pimpinan parti supaya dia sedar bahawa dia tidak lebih hebat dari orang lain. Jangan dia berlagak sangat tak tentu arah sehingga menyebabkan orang menyampah tengok gelagat dia!!!
Categories:

4 ulasan:

  1. Dah lama dah pemimpin be end busuk. Baru nak sedor ke???

    BalasPadam
  2. Susah jg nak tegur menteri sorg ni..ya lah dia kan bapak samseng malaya...dah orang ckp elok2 pun dia balas mcm celaka mmg patut kena kecam..tp lg bagus klu menteri yg kata dirinya senior ni tp adab mcm baru "setahun jagung" ni kalah pru14 nanti..tak patut ada menteri belagak sombong ni dlm kabinet malaysia sepatutny..memalukan..

    BalasPadam
  3. Menteri tu lah yang paling haramjadah dalam kabinet. Cuba jalan2 kt kl ada ke iklan cuti2 malaysia? Yg ada, wonderful indonesia, visit macau, visit the phillipines... Ni kat KLIA pun aku nampak wonderful indonesia. Apa ke hal? Pakej gi Mulu lg mahal daripada pakej gi Bali. Apa ke hal? Tourism Malaysia sebenarnya dah mati. Yang ada, menteri pelancongan yang kerjanya dok sembang kencang tp habuk tarak. Menteri lain ok, tp yg sekor ni haramjadah.

    BalasPadam
  4. Menteri ni dah banyak makan jagung tua. Elok kita selisihkan dia dengan menteri lain. Di Sarawak dah mula keluar produk makanan atas nama jagung walaupun ia sejenis minuman atau kuih muih. Sekarang dah ada kek lapis Jagung Muda dan kek lapis Nazri Jagung....yang peliknya laris juga ye....!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping