Khamis, Jun 29, 2017

Presiden PKR, Wan Azizah nampaknya terpaksa membuat pendirian berbeza selepas dikecam susulan mencalonkan suaminya sebagai calon perdana menteri gabungan pembangkang itu.

Wan Azizah membuat pusingan-U apabila kini mengatakan sesiapa sahaja boleh menjadi calon Perdana Menteri Pakatan dan memberi alasan tumpuan sepatutnya diberikan bagi menghadapi PRU-14.
“Kita mesti menang terlebih dahulu sebelum bercakap tentang perdana menteri. Sesiapa jua boleh menjadi perdana menteri, walaupun anda (wartawan) boleh jadi perdana menteri,” katanya yang dipetik berkata dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.
Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Penerangan PAN, Khalid Samad yang berkata Anwar sebenarnya mahu pakatan itu menumpukan seluruh perhatian untuk menawan Putrajaya.
“Saya fikir sebab utama Anwar umumkan beliau tidak akan menawarkan dirinya sebagai calon perdana menteri adalah supaya perbincangan (calon perdana menteri Pakatan Harapan) tidak perlu dibuat sekarang,” jelasnya.
Pada 12 Mei lalu dalam satu wawancara, Wan Azizah mengakui akan hanya menjadi pemimpin sementara untuk menunggu Anwar keluar daripada penjara dan kemudiaan memberi laluan untuk menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun Anwar dalam satu kenyataan dari penjara baru-baru ini menyatakan hasrat menarik diri daripada menjadi calon Perdana Menteri dan mahu keputusan itu dicapai secara konsensus oleh PH dan bukan satu-satu parti sahaja.

Kontroversi calon perdana menteri pembangkang bermula sejak 21 Mei lalu semasa Kongres Nasional PKR selepas pimpinan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak mengangkat plakad menyokong Anwar menjadi pilihan perdana menteri PH pada PRU14.

Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang berkongsi pentas dengan pimpinan PH, tidak mengangkat plakad “Anwar PM ke-7” tetapi dilihat merakam suasana kongres dengan telefon bimbit.

Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga tidak mengangkat plakad, sementara pimpinan pembangkang lain, termasuk Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang, Presiden PAN Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengangkat plakad.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping