Selasa, Julai 25, 2017

Apa lagi helah Si Menteri Besar Selangor ni mengenai SPLASH? Kata Azmin, Kerajaan Pusat belum memaklum nilai ambil alih SPLASH kepada Rejim Pakatan Selangor dibawah pimpinannya.

Semua pihak tahu hubungan ISTIMEWA yang wujud diantara Si Azmin Ali tu dengan syarikat taikun Gamuda yang memiliki SPLASH. Perkara itu tidak boleh dinafikan lagi oleh Azmin.

April lalu bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim membuat kenyataan mengenai SPLASH dan mempersoalkan moral Azmin yang mahu membayar RM2.7 billion sedangkan taksiran asalnya hanya RM250juta.

Azmin MB berkata, KeTTHA menerusi surat bertarikh 26 Mei 2017 hanya memaklumkan kaedah penilaian ke atas Splash oleh penilai bebas antarabangsa yang dilantik kerajaan pusat.

Splash adalah syarikat konsesi terakhir yang belum bersetuju dengan tawaran Selangor. Mengapa Azmin melengahkan? Tidak ada isu Kerajaan Persekutuan menaikkan tarif. Ini semua alasan Azmin sahaja.

Pada Mei lalu, Menteri KeTTHA, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata bahawa Kerajaan Pusat mempunyai pilihan untuk mengambil alih Splash menerusi Akta Industri Perkhidmatan Air.

Itu pun, katanya, jika Selangor tidak dapat menyelesaikan isu konsesi air sehingga 7 Oktober, 2016. Hari ini Azmin Ali masih GAGAL menetapkan harga untuk SPLASH. Mengapa?

Azmin masih berdiam mengenai komisen RM600 juta yang bakal diterima oleh PKR dan Si Ketua Penipu tu hasil jualan SPLASH. Azmin didakwa perlu menggunakan duit tersebut untuk pilihanraya.

Begitu juga isu lot tanah 68054 Paya Indah Wetlands milik Gamuda yang diluluskan cepat pertukaran statusnya. Azmin kelu seribu bahasa dengan Gamuda hatta sekalipun Gamuda menipu!.

Sekarang Azmin Ali berdalih mahukan nilai dari KeTTHA sedangkan Rejim Pakatan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim sudah meletakkan nilai RM 250.6 juta. Tapi, Azmin dengan penuh helah mahu meletakkan RM2.7b harga SPLASH. Jadi tak perlulah Azmin beralasan kononnya kerajaan persekutuan akan menaikkan tarif air ni!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Memang kaki belit PKR... berita begini elok masuk dlm surat khabar... biar rakyat Selangor dan pentaksub PKR tahu cerita yg betul.. tapi mereka ini bebal.. aoa cakap Azmin semua betul.. bengong rakyat Selangor...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping