Selasa, Julai 25, 2017

PAS mendakwa, cadangan yang dikemukakan Lim Kit Siang adalah satu cadangan yang ditunggu-tunggu oleh Husam Musa untuk 'menjulang' semula kredibilitinya selepas keluar daripada PAS.

Demikian kata Pengarah Pusat Kajian Strategik  PAS Kelantan Dr Wan Nik Wan Yussof ketika diminta untuk mengulas cadangan yang dibuat oleh Penasihat DAPigs itu baru - baru ini.

Malah bekas Setiausaha Politik kepada Allahyarham Nik Aziz itu juga memberitahu Husam sentiasa menggunakan populariti orang lain untuk meningkatkan pengaruh serta kedudukannya.
"Di sini secara peribadi saya melihat itu yang ditunggu-tunggu oleh Husam sendiri untuk mencari tokoh lain menjulang kredibiliti dia itu.
"Untuk menjulang kredibiliti dia di mata awam kerana kita tahu bahawa pengalaman Husam sendiri semasa dia dalam PAS dulu pun sentiasa menumpang jolokan-jolokan daripada pemimpin lain," katanya kepada Antarapos.
Baru-baru ini Kit Siang dalam kenyataannya menyokong Husam sebagai calon Menteri Besar Kelantan jika tampuk pemerintahan negeri tersebut berubah dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Kit Siang berkata, pencalonan Husam itu dibuat bagi membawa perubahan besar kepada rakyat di Kelantan yang selama ini hidup merana dibawah pemerintahan Rejim pimpinan PAS.

Tambah memalukan ialah apabila Si Husam tu dengan muka tak malu menyatakan kesediaannya menjadi Menteri Besar Kelantan bagi tujuan strategik Pakatan merampas negeri ini.

Menurut Wan Nik lagi, Husam yang juga Naib Presiden PAN turut menggunakan pengaruh Nik Aziz untuk meraih populariti dan mengukuhkan kedudukannya dalam politik di negara ini.
"Contohnya dia dapat bermula di Kelantan melalui tok guru Nik Aziz sehingga mana tok guru Nik Aziz sanggup kata Husam ini satu Malaysialah dan segala-galanya lebih pada Husam.
"Jadi dengan cara ini kita baca bahawa memberi kredit dari sudut nilai kredibiliti Husam itu yang penting kepada sokongan pemimpin-pemimpin dan juga penyokong dia," katanya.
Justeru bekas Anggota Parlimen Bachok ini menganggap cadangan dikemukakan Kit Siang itu tidak akan dilepaskan Husam untuk meraih populariti murahan dan mendapatkan perhatian menjelang PRU14 tidak lama lagi.
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Rekodnya sebagai exco dulu tak membanggakan. Bnyk gagal drpd brjaya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping