Khamis, Julai 20, 2017

Nampak gayanya, keangkuhan dan kesombongan Si Mahfuz Bean ni semakin menjadi - jadi. Mungkin sebab dia anggap tiada orang yang ambik tindakan, maka apa yang dia buat semuanya betul belaka.

Bekas Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berkata partinya mungkin menganggap kritikan yang dibuat sebelum ini adalah teguran membina, justeru tiada laporan salah laku dibuat ke atasnya.

Beliau berkata demikian mengulas pendirian PAS yang tidak akan mengambil apa-apa tindakan kepadanya meskipun Ahli Parlimen Pokok Sena itu secara konsisten mengkritik parti sejak tidak lagi menjawat jawatan Ketua Penerangan PAS Pusat.

Pun begitu, Mahfuz berkata rasa hairan turut menyelubungi dirinya apabila sehingga kini tiada tindakan diambil, sedangkan sudah ada dua laporan daripada PAS Kedah dibuat terhadapnya.
"Saya pun tak tahu apa masalah mereka ni (PAS), kenyataan Dr Daeng kata tak ada laporan saya pun tak tahu, terkejut jugalah.
"Padahal (sebelum ini) berkali-kali ada kenyataan-kenyataan dari PAS Kedah dan Pokok Sena mengatakan bahawa laporan itu telah dihantar ke jabatan Setiausaha Agung, jadi saya tak tahu tu kena tanya mereka," jelas beliau lagi.
Sementara itu, Antarapos turut menghubungi Pengerusi Lembaga Disiplin PAS Dr Daeng Sanusi Mariok berhubung kenyataan yang telah dilakukan oleh Ahli Parlimen PAS Pokok Sena itu.

Dia bertegas tindakan Si Mahfuz itu tidak menjejaskan parti, sebaliknya pimpinan PAS percaya serangan demi serangan oleh bekas pemimpin PAS itu lebih kepada strategi politik sahaja.
"Saya tak boleh ambil apa-apa tindakan kalau tiada laporan. Mengapa laporan tu tiada? Itu mengikut pertimbangan jabatan  kuasa tertinggi (PAS Pusat), kemungkinannya itu strategi mereka.
"Dalam parti politik ni, ada ahli-ahli parti ni melakukan sesuatu yang dilihat menjejaskan parti tapi sebenanrnya ia tidak jejaskan (pun) parti tapi jejaskan parti lawan," katanya.
Semenjak pasca muktamar ke-61 PAS, Mahfuz dilihat kerap mengkritik dan tidak sehaluan dengan kepimpinan parti. Malah dia juga sering hadir menyertai ceramah parti serpihan PAS, PAN dan mengikuti ceramah Pakatan Harapan!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping