Jumaat, Julai 21, 2017

PKR mendakwa terdapat perubahan besar terhadap jumlah bilangan pengundi yang dipindahkan dan didaftarkan ke kawasan Parlimen Wangsa Maju sejak bulan Julai 2016 hingga Mac 2017.

Bendahari Agungnya berkata, dalam tempoh sembilan bulan, terdapat sejumlah 7,408 pengundi baharu dan 6,054 pengundi telah dipindahkan ke kawasan Parlimen tersebut dan menjadikan jumlah pengundi ditambah berjumlah 13,462 orang.

“Peningkatan mendadak dalam tempoh jangka masa sembilan bulan ini telah membuatkan kami mengambil tindakan untuk menyiasat data-data pengundi secara terperinci dan melakukan tinjauan dari rumah ke rumah yang mempunyai jumlah pengundi besar,”katanya ketika sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Mengulas mengenai tinjauan tersebut, Yee Kew memaklumkan bahawa empat daerah mengundi iaitu Taman Melati, Seksyen 1 Wangsa Maju, Gombak Utara dan Wangsa Melati telah dipilih bagi menjalani siasatan sejak Julai hingga Disember tahun lalu.

Sehubungan itu, Yee Kew menegaskan bahawa pihaknya telah mengenal pasti kebanyakan individu yang terlibat dan memberi tempoh seminggu untuk mereka tampil bagi memberikan penjelasan.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar turut mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengatasi isu pengundi hantu yang berlaku di negara ini.

Menurut beliau, dengan tercetusnya isu ini, ianya menguatkan lagi persepsi mengenai kewujudan pengundi hantu di beberapa kawasan Parlimen lain menjelang PRU ke-14 ini nanti

“Saya pelik mengapa SPR tidak bersungguh dalam mengatasi permasalahan ini. Malah, mengapa tidak diwujudkan Automatic Voter Registration supaya sistem pendaftaran pengundi akan jadi lebih teratur,” katanya.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. biasa yang pakar pindah pengundi ni DAP..satu lg soalan adakah PKR tak buat pemindahan pengundi ni..kenapa tak siasat juga kawasan seputeh yang majoritinya melampau tinggi..semua tu adakah bersih, adakah tiada pindahan pengundi di kawasan terlibat...kalau calon hebat apa perlu risau, rakyat bukannya bodoh nak memilih..klu pun pindahan ini diarahklan BN adakah semua yang dipindahkan itu akan mengundi BN? Sekadar bertanya

    BalasPadam
  2. BABI NI TAK SERIK2..

    BalasPadam
  3. Aduhhh.. janda gersang ni tak habis2 timbulkan isu.. pergi ke SPR.. minta senarai.. lepas tu check dulu... baru lah cakap.. nie main hentam aje... kawasan sendiri pun tak jaga.. ni sibuk kat kawasan lain.. hallo YB kaki fitnah.. cukup2 lah menipu dan buat fitnah

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping