Khamis, Ogos 31, 2017

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayan, Dr Edwin Bosi, mengumumkan keluar DAPigs sekali gus meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi DAPigs di Sabah semalam.

Edwin berkata, keputusan itu diambil kerana wujudnya perbezaan pendapat diantara dia dengan Pengerusi DAPigs Sabah, Stephen Wong, sebagai faktor utama peletakan jawatan itu.
“Selepas mengadakan perbincangan dengan pemimpin DAP Cawangan Penampang, saya mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai ahli dan Timbalan Pengerusi DAP Sabah.
“Saya juga sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Setiausaha DAP Sabah pada 24 Ogos lalu. Saya terpaksa meninggalkan parti bagi `membenarkan keharmonian dalam DAP Sabah berterusan’. Sebelum ini, DAP Sabah yang diterajui oleh Wong juga pernah mahu memecat saya.
“Kemudian, saya dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti yang kemudian memutuskan saya digantung daripada menjalankan tugas-tugas parti bagi tempoh tiga bulan, tanpa dipanggil untuk mempertahankan diri. Tempoh penggantungan itu berakhir hujung bulan ini,” katanya.
Perletakkan jawatan ADUN DAPigs tersebut juga turut menambahkan lagi konflik dan perpecahan dikalangan kepimpinan parti itu di Sabah yang berlaku sejak awal tahun ini.

Buat masa ini, Edwin berkata, dia akan kekal sebagai ADUN Bebas sebelum membuat sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik tempatan di negeri ini.
“Saya merakamkan terima kasih kepada penyokong yang mengundi saya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Saya juga akan terus berjuang untuk memastikan pribumi Sabah dan rakyat negeri ini keseluruhannya mendapat pembelaan sewajarnya, seperti yang saya lakukan menerusi parti DAP selama ini.
“Saya tidak mempunyai dendam kepada DAP dan pemimpinnya termasuk di peringkat nasional. Saya juga merakamkan terima kasih kepada DAP kerana memberi saya kesempatan untuk menjadi ADUN,” katanya.
Sementara itu, pada April lalu, Edwin mengugut akan bertanding sebagai calon Bebas atau menyertai parti lain jika namanya tidak dicalonkan semula dalam Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Edwin dilaporkan sebagai berkata, dia menunggu Pengerusi DAPigs Sabah untuk memberikan keputusan mengenai kedudukannya berikutan khabar angin yang mengatakan dia tidak lagi dicalonkan semula di kerusi DUN Kepayan.
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping