Jumaat, Ogos 18, 2017

Itu cerita dulu. Tapi sejak berlakunya insiden kekecohan sewaktu program Nothing To Hide anjuran PPBM baru - baru ini, banyak pihak yang dah bukak mata. Terutamanya dikalangan rakyat.

Kalau dulu, seawal waktu penentangan Tun Mahathir terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri, ramai yang berpendapat tindakan itu dibuat kerana mempunyai alasan yang munasabah.

Tapi bagi sesetengah orang, perkara seumpama itu hanya boleh berlaku sekali je sewaktu gerakan mendesak Tun Abdullah Badawi berundur dari kerusi yang diwariskan oleh Tun Mahathir.

Mana mungkin perkara yang sama akan berlaku untuk kesekian kalinya. Kemungkinan perkara itu berlaku sangat tipis. Malah peluang untuk mengulangi gerakan itu juga tidak masuk akal.

Namun gerakan yang dikepalai oleh Tun Mahathir hari ini lebih banyak memakan dirinya sendiri apabila satu persatu tindakan yang disusun menjadi bahan pertikaian dikalangan rakyat.

Bahkan tidak semua penyokong parti pembangkang memberikan dokongan mereka seratus peratus kepada gerakan yang diatur bekas Perdana Menteri itu. Waima pemimpin Pakatan Haprak tu sekali pun.

Jika dulu, orang boleh kata, "Mungkin ada sebab kenapa Tun menentang Datuk Najib dengan alasan Perdana Menteri tidak mahu mendengar nasihat serta menerima pandangannya".

Tapi hari ini, orang yang sama juga turut memberikan pandangan bahawa Tun Mahathir sendiri terlalu banyak benda yang terpaksa disorok. Maka sebab itu dia kelihatan sangat terdesak.

Contohnya sudah cukup terpampang dihadapan mata apabila Tun Mahathir memberikan jawapan yang berbelit - belit sewaktu program Nothing To Hide 2.0 yang dianjurkan baru - baru ini.

Betul Tun Mahathir kata dia perlu menyuarakan kebenaran. Betul juga bila Tun Mahathir kata Si Ketua Penipu tu pun tak bertanya kepada dia soal tuduhan salah laku seks sebelum ini.

Tapi yang menjadi persoalannya, adakah tuduhan salah laku seks yang dibuat oleh Tun Mahathir terhadap Si Ketua Penipu itu benar? Itu lah kebenaran yang dituntut oleh semua pihak.

Dan pemimpin serta pendokong perjuangan Reformasi PKR pun nak tau benda yang sama. Adakah tuduhan yang dibuat oleh Tun Mahathir itu benar? Jika benar, kenapa dia tak nak mengaku?

Pokok pangkalnya, dulu boleh la diorang nak tuduh semua benda salah Najib. Tapi hari ini, apa yang jelas, Tun Mahathir sendiri pun banyak buat benda tak betul. Dan bagaimana rakyat boleh memberikan kepercayaan sedangkan dia ada banyak benda yang nak disembunyikan!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping