Selasa, Ogos 01, 2017

Setiausaha PAS Kelantan, menyelar kritikan yang disuarakan Naib Presiden PAN, Husam Musa terhadap hasil Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat yang dibangunkan kerajaan negeri.

Katanya, Husam tidak layak untuk menyatakan kritikan sedemikian ekoran dia pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah badan itu selama enam tahun, tetapi hanya sekali sahaja menghadiri mesyuarat.

Justeru pemimpin PAS Kelantan itu sekali lagi mengingatkan Husam untuk tidak mempersoalkan perkara yang GAGAL dia laksanakan sewaktu berada dalam badan berkenaan.
“Datuk Husam ni seolah-olah terlupa beliau adalah (pernah) ahli lembaga pengarah Ladang Rakyat ni sejak daripada penubuhan sehingga tahun 2012, apabila (Husam) tergugur kerana tidak pernah menghadiri mesyuarat. (Hanya) pernah hadir sekali sahaja dalam masa enam tahun.
“Kalau mesyuarat yang merupakan tanggungjawab asas kepada ahli lembaga, di mana lembaga berbincang untuk merancang polisi dan sebagainya pun tidak boleh ditunaikan, (jadi) macam mana sebut nak buat hasil yang banyak dan sebagainya. Tanggungjawab paling asas pun tak boleh hadir,” katanya kepada Antarapos.
Dakwa Husam, Ladang Rakyat sepatutnya mampu menghasilkan pendapatan sebanyak RM 180 juta setahun, tetapi apabila berada di bawah pimpinan PAS ia hanya memperoleh RM9.6 juta setahun.

Sehubungan itu, Husam juga turut mendakwa, sekiranya PAN atau Pakatan Haprak pimpinan DAPigs itu diberi peluang mentadbir Kelantan, sudah pasti mereka akan mengkaji semula perjanjian pajakan ini.

Husam sebelum ini juga pernah dikaitkan dengan skandal Ladang Rakyat sewaktu dia menjadi Exco Kanan Rejim PAS Kelantan pada zaman Allahyarham Nik Aziz menjadi Menteri Besar.

Malah sewaktu Pilihan Raya Kecil DUN Galas, isu berkaitan dengan Ladang Rakyat ini kerap kali dibangkitkan. Namun pada ketika itu, Husam tidak pernah sekali pun menjelaskannya.

Itu membuktikan bahawa Si Husam ni hanya pandai bercakap bila dia dah takde kuasa. Masa dia ada jawatan, tak nak pulak dia bangkitkan perkara tersebut. Tapi bila dia dah tak laku seperti hari ini, macam - macam pulak isu yang dijadikan bahan persoalan!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Nampak sangat Husam lapar jawatan. Ketika ada jawatan semua kena. Apabila tak ada jawatan semua tak kena.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping