Sabtu, Ogos 05, 2017

Herankan apabila pendokong Kitab Mazhab Rewcastle yang cukup diyakini dakyahnya oleh puak Pakatan Haprak tu tiba - tiba 'Panik' tak tentu arah bila pegawai kedutaan Malaysia hadir ke mahkamah.

Pendita Rewcastle kesayangan puak Pakatan Haprak tu dilaporkan mula menggelupor biawak apabila pegawai dari kedutaan Malaysia itu turut hadir di mahkamah berikut saman PAS terhadap dirinya.

Dalam kenyataan terbaru, Si Rewcastle yang sudah mula panik itu mula mempersoalkan hubung-kait kehadiran pegawai Kedutaan Malaysia itu dengan PAS sewaktu prosiding kesnya bermula.

Malah, dalam keadaan menggelupor, Si Rewcastle itu sempat lagi membuat fitnah dengan mendakwa KONONnya wujud 'Tangan Ghaib' disebalik kehadiran pegawai dari Kedutaan Malaysia itu sendiri.

Melalui kenyataan yang dibuat, Si Rewcastle itu seolah - olah memberi gambaran kononnya Kerajaan Malaysia akan cuba untuk campur tangan dalam kes saman yang sedang dihadapinya.

Kisah dongeng yang cuba dijaja oleh Si Rewcastle itu seperti biasa dikutip oleh balaci - balaci Pakatan Haprak yang berada di Malaysia bagi mewujudkan kekeliruan yang sedang berlaku.

Nak pulak dikalangan pemimpin PAN yang cuba membangkitkan persoalan sama bagi mewujudkan rasa sangsi dikalangan masyarakat terhadap PAS dan juga pihak Kerajaan Barisan Nasional.

Namun persoalannya, jika betul Si Rewcastle merasakan dirinya tidak melakukan sebarang kesalahan, kenapa dia menggelupor tak tentu arah dengan kehadiran pegawai dari Kedutaan Malaysia itu?

Walhal, pegawai dari kedutaan Malaysia itu hadir ke mahakamah hanya untuk menjalankan kerja rutin mereka mengikut "Standard Operation Procedure". Takkan itu pun boleh buat dia menggelupor?

Maka, sekiranya benar Si Rewcastle itu mempunyai bukti yang cukup untuk membuat tuduhan terhadap PAS, tak perlu la dia nak tutup kemaluan dirinya dengan mencipta satu lagi kekeliruan.

Dan jangan pelik jika selepas ini, tiba - tiba Si Rewcastle itu mula bercerita mengenai 'Kebebasan Media' untuk menghalalkan dirinya dari dipersalahkan kerana menabur fitnah terhadap orang lain seperti mana yang biasa dilakukan oleh puak Pakatan Haprak tu!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. Org bersalah akan sentiasa resah dn gelisah.

    BalasPadam
  2. Dah buat salah kot manapun mesti gabra. Kalau dah takut tu, tunggul kayupun dia kata hantu bungkus.. Lol..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping