Ahad, Ogos 27, 2017

Dek kerana sifat terdesak pimpinan tertinggi PKR seperti Azmin dan Wan Azizah yang banyak bergantung harap kepada sokongan PAS membuatkan ahli parti itu menjadi cacamarba.

Usaha ke arah kerjasama politik antara PAS-PKR yang dibawa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Azmin Ali mewujudkan konflik bukan sahaja dikalangan rakyat, tetapi turut menjejaskan hubungan sesama ahli parti itu.

Penganalisis Politik, Dr Jeneri Amir berpandangan sudah tiba waktunya untuk PKR membuat satu keputusan muktamad berhubung kerjasama tersebut, sedangkan PAS telah bertekad untuk tidak lagi bekerjasama dengan parti reformasi itu menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) nanti.
"Di peringkat PKR sendiri, ini boleh menimbulkan konflik dalam parti kerana sebahagian tidak menyokong dengan tindakan yang telah diambil. Pendirian yang diambil oleh pemimpin tertinggi PKR itu. Sehingga menyebabkan William Leong meletakkan jawatan daripada Biro Politik.
"Tetapi di pihak PKR kelihatannya mereka seolah-olah belum lagi membuat satu keputusan muktamad dan seterusnya 'membelit' mereka dalam satu situasi yang sulit. 
"Memanglah. Mereka terjebak dalam situasi yang penuh dilema. Antara tuntutan rakyat dan tuntutan pemimpin tertinggi dan tuntutan pengundi," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini. 
Mengulas lanjut jelas Jeneri, kemelut yang melanda terutamanya dalam kalangan penyokong akar umbi parti itu merupakan isyarat jelas bagi PKR untuk lebih fokus melakarkan strategi parti bersama Pakatan Harapan (PH) daripada terus memujuk PAS yang kini sudah 'keras hati'.

Sebelum ini, media melaporkan PKR menerusi Timbalan Presiden parti itu, Azmin Ali masih berusaha berbincang dan memujuk PAS bagi mewujudkan kerjasama politik menjelang PRU14.

Malah, Presiden PKR, Wan Azizah turut berkata partinya tidak menolak sebarang kemungkinan parti itu akan kembali bekerjasama dengan PAS dalam mendepani PRU14 nanti.

Kemuncak kepada ura-ura kerjasama PAS-PKR timbul selepas salah seorang Ahli Biro Politik PKR, William Leong meletak jawatan sebagai tanda bantahan langkah parti meneruskan perbincangan dengan parti Islam itu.

Keputusan kepimpinan tertinggi parti itu untuk membuka kembali kerjasama bersama PAS turut menimbulkan kemelut di Kelantan walaupun selepas memutuskan lantikan politiknya dikekalkan di negeri itu.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Pkr perlu tinggalkan ph jika mahu ke depan dlm politik krn rakyat kini semakin nampak banyak kerenah politik dlm ph.

    BalasPadam
  2. senang bubar PKR, masuk PPBM la...dgn menjadi balaci Madey, perjuangan PKR utk pembebasan bang non dah tak releven...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping