Khamis, Ogos 03, 2017

PAS sangat mengalu-alukan sekiranya terdapat dikalangan wakil rakyatnya yang berhasrat mahu mengambil tindakan dan melompat parti serta menyertai parti Politik lain pada ketika ini.

Naib Presidennya, Mohd Amar berkata, PAS tidak mahu ada pimpinan dan ahlinya yang berada dalam parti dan bersikap seperti “musang berbulu ayam” dengan merosakkan parti dari dalam.
"Yang nak melompat, biar melompat. Kita tak boleh halang. Pandangan saya secara peribadi, dari duduk dalam merosakkan parti, lebih baik keluar.
"(Dengan itu) Parti lebih stabil dan parti senang nak buat keputusan, dibandingkan jika dia duduk dalam dan jadi 'harum manis.'
"Mahfuz lama dah saya bagitahu, lebih baik dia keluar dari PAS," katanya merujuk kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Ketika ditanya kedudukan bekas naib presiden PAS itu yang dilihat tidak seiringan dengan pimpinan dan parti, beliau menjelaskan, Mahfuz sudah lama dinasihatkan supaya meninggalkan parti.

Akhir-akhir ini, timbul spekulasi mengenai beberapa wakil rakyat PAS yang dikatakan berhasrat meninggalkan parti. Mereka yang juga antara tonggak utama parti itu dikatakan lebih mesra dengan Pakatan Harapan.

Kelibat Mahfuz bersama dua Ahli Dewan Undangan (Adun) PAS, Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan) semakin menonjol apabila mula menghiasi pentas ceramah Pakatan mengutuk dan mempertikaikan PAS secara terbuka!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Eloklah keluar. Dok kat dalam pun tak guna klu asyik kutuk parti sendiri.

    BalasPadam
  2. mereka bukanlah antara pejuang Pas yang tulen tetapi berjuang mengikut semangat pemimpin yang mereka hormati bukan berjuang kerana Allah dan bukan kerana parti, dan bukan kerana kedua-duanya . Apabila berlaku perubahan pemimpin maka semangat perjuangan mereka terhadap parti dan wawasan parti akan terhakis. sekarang mereka menemui pemimpin yang sesuai atau ngam dengan kehendak hati mereka walau sekali pun pemimpin tersebut suatu ketika dahulu amat dibenci dan dimusuhi. inilah bukti perjuangan mereka bukan tulen untuk memartabatkan Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan Pas. bahkan kehadiran mereka berjuang dalam Pas hanya sekadar ikut-ikutan sahaja. mereka tidak layak diangkat sebagai pemimpin atau calon Pas... kasihan pada penyokong dan ahli Pas yang bergolok bergadai harta dan tenaga untuk memenangkan Islam melalui wadah pas tetapi telah dikhianati oleh golongan munafik ini yang berjuang pada zahirnya nampak islam tetapi yang tersembunyi adalah untuk kepentingan peribadi. sebab itulah mereka boleh dibeli dengan berbagai tawaran...

    BalasPadam
  3. semua ahli pas tulen sangat tidak berkecil hati. bahkan merasa bahagia dengan keyiadaan orang-orang yang boleh merosakkan perjuangan Islam dalam pas...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping