Rabu, Ogos 16, 2017

Ini yang orang kata, takde beban batu digalas. Diorang sendiri yang cari penyakit. Sekarang diorang nak salahkan orang lain? Mula - mula salahkan UMNO. Sekarang salahkan Polis pulak.

Yang diorang tak maklum kepada pihak Polis tentang program tersebut, tak nak pulak diorang mengakuinya. Tak nak pulak diorang salahkan diri diorang sendiri. Kan dah tak pasal je kena tindakan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata penganjur program Nothing To Hide 2.0 akan dikenakan tindakan ekoran gagal mematuhi peruntukan di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Bercakap kepada pemberita hari ini, tambah Khalid, penganjur tidak boleh lepas tangan dengan menyalahkan pihak lain atas insiden kekecohan yang berlaku sewaktu program itu berlangsung Ahad lalu.
"Mereka mahu salahkan parti politik lain itu kita tidak mahu masuk campur, namun apabila mereka menyalahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu tidak masuk akal.
"Peguam mereka yang bijak pandai ramai, bacalah semula semua 10 syarat di bawah Seksyen 25 APA 2012, sekarang sudah jadi masalah seperti ini, mereka jangan mereka boleh terlepas," katanya dalam sidang akhbar di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman di sini hari ini.
Ahad lalu, program Nothing To Hide 2.0 anjuran Armada PPPBM dicemari dengan insiden balingan mercun suar dan kerusi yang kononnya dituju kepada Pengerusi parti itu Tun Mahathir.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang, sewaktu Dr Mahathir sedang menjawab soalan daripada penonton berkenaan tragedi Memali yang berlaku di Baling, Kedah pada tahun 1985.

Tiga remaja berusia 17 hingga 19 tahun ditahan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis sejurus kekecohan tercetus. Khalid dalam pada itu turut mengesahkan tangkapan berhubung kekecohan berkenaan setakat ini adalah 13 orang.
Categories:

1 ulasan:

  1. Puak putar alam yg kemaruk kuasa. Rakyat dah meluat.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping