Selasa, September 05, 2017

'Pandangan Rafizi tidak penting', kata Ahli Biro Politik PKR, Naib Presiden parti itu bahawa Si Ketua Penipu, tu mendapat maklumat terhad daripada peguamnya bersabit isu rundingan bersama PAS.

Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang menambah apa yang penting, semua pihak menghormati panduan yang sudahpun disebut Anwar dalam kenyataan yang dikeluarkannya, pada Sabtu.
"Bagi saya pandangan YB Rafizi sebagai pihak ketiga bukan penting, atau mana-mana pemimpin lain. Seperti saya sebut tadi, kita hormati panduan Datuk Seri Anwar sebagai Ketua Umum Keadilan (PKR) dan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH). Kita akan ikut (kenyataan) itu," katanya kepada Antarapos.
Rafizi dalam kenyataannya semalam menyebut bahawa Anwar terbatas untuk memperoleh maklumat terkini ekoran berada di penjara, malah maklumat tersebut lebih 'meruncing' apabila satu-satunya saluran itu adalah barisan peguamnya yang mendokong kerjasama PKR-PAS.

Rafizi memetik nama tiga peguam yang dimaksudkannya iaitu Latheefa Koya, N Surendren dan Sivarasa sendiri.
"Dengan keterbatasan yang beliau ada kerana terpenjara, pandangan Datuk Seri Anwar selama ini pun (dalam sesuatu perkara) memang berbentuk panduan umum yang memberi garisan jelas pertimbangan-pertimbangan yang mesti diambil kira dalam membuat keputusan. 
"Namun akhirnya, keputusan diserahkan untuk dibincangkan dan dimuktamadkan oleh pimpinan KEADILAN (PKR) dan Pakatan Harapan (PH) kerana beliau ada keterbatasan dari segi maklumat terkini yang diperolehi. 
"Dalam isu rundingan kerusi dengan PAS ini, keterbatasan maklumat itu lebih meruncing kerana satu-satunya saluran maklumat beliau yang paling kerap ialah melalui peguam-peguam Sivarasa Rasiah, Latheefa Koya dan N Surendren yang ketiga-tiganya adalah pendokong kepada cadangan bekerjasama dengan PAS untuk mengelakkan pertandingan 3 penjuru," demikian petikan daripada kenyataan Rafizi.
Dalam pada itu, Sivarasa tu juga menambah, kenyataan Si Ketua Penipu tu sendiri sudah jelas untuk difahami justeru tiada keperluan untuk mana-mana pihak membuat tafsiran mengenainya.  

Anwar dua hari lalu tampil mengesahkan beliau mempersetujui usaha Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berunding dengan PAS bagi membentuk kerjasama pakatan bagi menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam PRU14.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Walak kpd ketua tu penting. Klu tak akan kucar kacirlah pkr.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping