Khamis, Ogos 31, 2017

Pemimpin PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz hari ini menasihatkan Lim Kit Siang supaya tidak menyalahkan parti Islam itu hanya semata - mata kerana dia kecewa dengan prestasi PAN.
“Master Lim janganlah menggelabah kecewa dengan prestasi Amanah. Sendiri tanggunglah,” tulisnya dalam Facebooknya hari ini.
Kenyataan Nik Abduh itu merujuk dakwaan Kit Siang semalam yang calon PAS akan dikorbankan seperti “Pengebom Berani Mati” demi membantu UMNO menang dalam PRU ke - 14.

Lim dalam kenyataan yang dilaporkan Malay Mail Online turut mendakwa hasrat PAS untuk memenangi 40 kerusi Parlimen dan 5 negeri pada PRU14 bertujuan menyembunyikan niat sebenar parti Islam itu untuk membantu Umno dan BN.
“Wah, orang tua DAP tu siap kata presiden PAS guna pengebom berani mati untuk pastikan Umno BN menang.
“Huh, ayatnya…sampai ke tulang sumsum DAP sungguh. Virus demam meningitis ke apa sampai bersembur air tulang belakang dikeluarkan percuma?
“Janganlah ajar generasi baru DAP guna ayat ‘style’ dinasti kuno…Takkan itu yang Pulau Pinang nak wariskan kepada generasi esok?” soal ahli Parlimen Pasir Mas itu.
Sebelum ini, Pakatan membuat ketetapan menolak hasrat PKR yang mahu berunding dengan PAS dan memujuk parti itu bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru dalam PRU kelak.

Hasrat PKR itu dinyatakan secara terbuka oleh Timbalan Presiden parti tersebut selepas dia dilantik menjadi Pengarah Pilihan Raya Pakatan dan memberikan gambaran seolah - olah itu peranan yang diberikan kepadanya.
Categories: , , , ,

2 ulasan:

  1. Kit siang sendiri belum tentu menang dlm pru akn datang.

    BalasPadam

  2. berita semasa

    berita semasa Providing you our best berita semasa at www.beritasemasa.com.my.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping