Rabu, Ogos 30, 2017

Huh! Memang demokratik sungguh PKR ni rupanya ya. Nampak gayanya, kemelut kepimpinan parti hasil ciptaan Si Ketua Penipu tu semakin bertambah bercelaru sejak kebelakangan ini.

Terbaru, kemelut kepimpinan parti itu bertambah meruncing apabila Ketua AMK Kelantan meroyan sakan selepas dipecat dari jawatannya oleh kepimpinan Pusat melalui aplikasi Whatsapp.

Mohd Hafidz Rizal Amran mendakwa pemecatannya sebagai Ketua AMK Kelantan telah dibuat melalui proses yang tidak wajar, iaitu hanya dengan menggunakan aplikasi WhatsApp.

Katanya, dia hanya menerima arahan dan salinan surat rasmi berhubung isu pemecatan jawatan melalui aplikasi telefon pintar itu daripada Ketua AMK Pusat, Nik Nazmi Nik Ahmad.
“Saya percaya, keputusan ini dibuat oleh YB Nik Nazmi secara sepihak tanpa melalui perbincangan yang sewajarnya,” katanya.
Hafidz mendakwa pemecatan itu tidak melalui mesyuarat biro politik AMK atau Majlis Pimpinan Pusat parti yang didakwa sudah tidak bersidang sejak bulan Mac 2017 yang lalu.

Pemecatan Hafidz semalam membawa ke satu tahap episod baru terhadap kemelut dalaman PKR Kelantan susulan perbezaan pendirian berkaitan hubungan kerjasama Politik dengan PAS.

Hafidz merupakan diantara pemimpin negeri yang mendukung kerjasama PKR-PAS walaupun hubungan Politik rasmi kedua - dua parti sudah dibatalkan sejak beberapa bulan yang lalu.

Isu kerjasama PKR-PAS kembali hangat selepas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali berikrar akan meneruskan rundingan dengan PAS sebagai persediaan menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Bayangkan betapa rapuhnya pendirian PKR apabila isu berkaitan dengan kemungkinan parti itu mahu kembali mewujudkan kerjasama Politik bersama PAS boleh menjadi isu besar. Nampak sangat la yang PKR ni benar - benar berada dalam keadaan terdesak!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping