Isnin, Ogos 28, 2017

Pimpinan PSM mendakwa Pengerusi Pakatan, Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan taktik untuk menarik Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) dan mendapatkan undi India.

Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, A Arutchelvan berkata kerjasama itu cuma taktik politik untuk mendorong pengundi India menyokong gabungan itu pada pilihan raya umum akan datang.

Malah, PSM mendakwa langkah itu mengimbau kembali politik perkauman dalam Barisan Nasional, yang menampilkan wakil dari kalangan kaum India dan Cina yang berada di Malaysia.
“Apa yang mereka cuba lakukan ialah jadikan Hindraf wakil seperti MIC. Sama sahaja. Kami rasa sudah tiba masanya Malaysia tinggalkan politik kaum,” katanya.
Setiausaha Agung PSM Sivarajan Arumugam turut menyuarakan pandangan sama dan berkata langkah politik itu berdasarkan kepada kumpulan mana yang dirasakan PH mampu memberi undi yang banyak.

Bagaimanapun, wakil PSM itu mendakwa mereka tidak pasti apa agenda sebenar Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy kali ini melalui kerjasama yang dibincangkan dengan bekas Perdana Menteri itu.
“Semasa Waythamoorthy bekerjasama dengan BN, kerjasama itu berdasarkan kepada suatu pelan tindakan India untuk BN laksanakan. Kami tidak tahu butiran perbincangan antara beliau dan PH.”
Dalam masa yang sama, Sivarajan juga turut mendakwa kerjasama diantara Pakatan dan Hindraf nampaknya lebih menjurus kepada berapa banyak undi yang boleh orang India berikan kepada PH.

Selepas pertemuan 1 jam dengan Waythamoorthy baru-baru ini, Tun Mahathir akui masyarakat India tidak diwakili dengan sebaiknya dalam Pakatan, dan berharap sokongan gerakan itu penting untuk jentera gabungan itu berjalan dengan berkesan.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping