Khamis, Ogos 03, 2017

Beberapa hari lepas, Wan Azizah dilaporkan berkata, sekiranya Pakatan Harapan berjaya memenangi PRU-14 akan datang, sebuah RCI akan diwujudkan untuk menyiasat salah laku Mahathir.

Dengan kata lain, segala tindak-tanduk Mahathir yang telah menyebabkan Anwar Ibrahim kehilangan peluang sebagai Perdana Menteri Malaysia, akan dibicarakan dan kemudian Dr. Mahathir akan dihukum.

Ada lagi ‘nasi tambah’ daripada para pentaksub kononnya, RCI itu juga akan mengembalikan harta-harta rakyat yang telah dirompak oleh Mahathir menerusi kroni dan keluarganya.

Tidak ramai yang memberikan perhatian serius kepada kata-kata dan pengumuman yang dibuat oleh Wan Azizah. Ini adalah kerana Wan Azizah bukanlah seorang ahli politik yang berkaliber.

Dalam PKR sendiri, perselisihan dan perbalahan diantara Wan Azizah dengan Azmin Ali bukanlah satu rahsia lagi. Malah, Azmin Ali dilaporkan sudah tidak menghormati Wan Azizah lagi. 

Manakala Wan Azizah yang mendapat sokongan daripada puak-puak DAPigs juga dilaporkan sering kali meninggikan suara kepada Azmin Ali yang dilihat terlalu pro-Mahathir.

Bahkan Azmin juga turut didakwa sedang berusaha me-Mahathir-kan PKR selepas namanya menjadi sebutan sebagai bakal PM ke-7 sekiranya Pakatan Haprak tu berjaya memenangi PRU-14.

Maka sudah pasti ramai yang berpendapat bahawa pengumuman dan ikrar yang dilafazkan oleh Wan Azizah itu sebenarnya tidak lebih daripada hanya sekadar satu sandiwara semata-mata.

Sedangkan hakikatnya, Wan Azizah sendiri sedang bergelut dengan tentangan dari dalam PKR sendiri, khususnya golongan yang terlibat dalam reformasi dan demonstrasi jalanan 1998.

Tidak sahaja PKR, DAPigs juga turut dilihat sedang bergelut untuk menerangkan kepada para pengikut, pengundi dan penyokong mereka bahawa Mahathir sebenarnya tidak ada nilai di dalam Pakatan.

Sebaliknya, mereka mendakwa Tun Mahathir hanya alat yang digunakan bagi tujuan menarik undi Melayu untuk menggulingkan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU yang akan datang.

Namun apa yang pasti, Tun Mahathir sendiri sudah tentu mempunyai perancangan jangka panjangnya yang tersendiri. Tidak mungkin dia akan menyua tengkuknya secara mudah untuk disembelih oleh bekas musuhnya dengan begitu sahaja!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping