Jumaat, Ogos 25, 2017

Tindakan PAS yang mahu meletakkan calon dibeberapa kerusi PKR di Selangor dikritik Wan Azizah yang menyifatkan parti berteraskan Islam itu tidak serius menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Presiden PKR yang ditemui di forum tentang pelaburan China di ibu negara semalam, berkata tindakan PAS itu akan memberi kelebihan kepada BN dan menyebabkan pembangkang berpecah.
“Kalau pendirian PAS dilihat menyokong Umno, maka mereka akan kehilangan sokongan bukan sahaja dari masyarakat bukan Melayu tetapi juga masyarakat Melayu", katanya.
Wan Azizah yang merupakan ADUN Kajang berkata demikian selepas PAS Selangor mahu bertanding di Kajang dan Bukit Antarabangsa, yang diduduki Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali.

Walaupun kedua-dua pemimpin tertinggi PKR itu sedang sedang dalam usaha memujuk PAS.

Semalam Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi mengumumkan, bahawa parti itu akan bertanding di DUN Kajang dan Bukit Antarabangsa serta 42 kerusi DUN di Selangor.

Kedua-dua kerusi berkenaan kini disandang Wan Azizah dan Azmin yang memenanginya pada PRU13 lalu.

Malah beliau juga menegaskan, PAS turut wajib mengambil kembali kerusi Parlimen Gombak yang pernah dipinjamkan kepada PKR sejak 2008 kepada Azmin.

Pada pilihan raya kecil Kajang 2014, Wan Azizah memenangi kerusi negeri itu dengan majoriti 5,379 undi.

Pada PRU13, Azmin bertahan di kerusi Bukit Antarabangsa dengan marjin 4,044 undi. Azmin menang kerusi Parlimen Gombak pada 2008 dan mengekalkan kerusi itu pada PRU13 dengan majoriti 4,734 undi.
Categories: , ,

5 ulasan:

  1. Apa ko cakap ni tunggul kayu..kalau tak ada rundingan mcmana boleh sabotaj...betul2 bodoh la presiden PKR ni

    BalasPadam
  2. Bunyi mcm tak yakin nak menang je puan presiden ni..kata hebat lawan sajala..hehe

    BalasPadam
  3. terhegeh2 nak bekerjasama ngan PAS la pulak...dah putus tu buat la cara dah putus..tunggul!

    BalasPadam
  4. Dok caci pas macam2 tpi nak pakat berbagi kerusi plk. Politik pening kepala.

    BalasPadam
  5. Pas berpolitik matang..bertading shj berapa penjuru..biar rakyat tentukan..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping